13 Sebab Kenapa Kita Perlukan Tidur yang Cukup.

Tidur. Tidur adalah satu keperluan hidup seorang manusia yang normal. Untuk peroleh kesihatan yang baik, kita kene dapatkan tidur yang cukup setiap hari. So hari ni, admin nak share 13 sebab kenapa kita perlukan tidur yang cukup. Sebelum tu, jom kita check, berapa jam yang dikira tidur yang cukup buat kita. Yang admin share ni secara general je ye.

  • Kanak-kanak yang bersekolah: sekurang-kurangnya 10 jam.
  • Remaja: 9 – 10.5 jam.
  • Dewasa: 7 – 8 jam.

So macam mana? Cukup tak tidur kita setiap hari? Kalau tak cukup, kita usaha bagi cukup tau.. Sebab apa?

NO 1. BANTU KITA LEBIH FOKUS DAN MUDAH BELAJAR.

Bila kita tak cukup tidur, kita sukar untuk fokus bila buat sesuatu. Kita juga jadi sukar untuk belajar sesuatu yang baru. Hal ini kerana, tidur dapat menguatkan sel otak yang membentuk ingatan. Itulah yang menjadikan ilmu itu mudah kita ingat.

NO 2. KURANG BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA.

Kemalangan jalan yang berpunca dari pemandu yang mengantuk direkodkan sebanyak lebih kurang 100,000 kes setahun. Wow..banyak tu kan..Apabila kita kurang tidur, kita akan kurang bermotivasi, kurang fokus dan tidak gembira. Pendek kata, emosi kita terganggu dan kita tak boleh berfikir dengan jelas. Kita tak dapat tumpu sepenuh perhatian pada jalan raya. Disebabkan itu lah, jika anda merancang untuk memandu disiang hari, pastikan anda mendapat tidur malam dan rehat yang benar-benar cukup.

NO 3. TIDUR ADALAH PENGGALAK EMOSI (MOOD BOOSTER).

Biasa tak berlaku pada anda, bila anda tak cukup tidur, anda jadi bad mood, stress, rasa nak marah, sedih dan rasa penat sangat. Paling parah sekali bila anda rasa hidup anda teruk sangat. Apa anda buat serba tak kena. Orang sekeliling menjauh dari anda. Padahal, semua tu hanya gangguan emosi yang anda sendiri cetuskan. Jika anda biarkan keadaan ini berterusan, gangguan emosi ada mungkin boleh menjadi lebih teruk lagi. So, untuk atasi masalah anda ni, pastikan anda mulakan rutin tidur yang cukup setiap hari. Jangan biarkan diri anda terus menerus rasa depress,tension, marah, bad mood dan yang sewaktu dengannya jika anda mampu mengubahnya.

NO 4. DAPAT MENJAGA JANTUNG.

Tahukah anda..Jika anda kerap amalkan tidur kurang dari 6 jam sehari, anda berisiko untuk mendapat sakit jantung. Hal ini kerana, tidur yang tidak cukup boleh menaikkan tekanan darah anda, menjadikan anda stress dan meningkatkan adrenaline anda. Semua ini boleh menyebabkan sakit jantung.

NO 5. MEMBANTU MENGUATKAN DAYA INGATAN.

Jika anda tidak cukup tidur, anda akan dapati anda sukar untuk mengingati sesuatu. Seperti yang admin tulis di point NO 1, tidur dapat menguatkan sel otak yang membentuk ingatan2. Dengan tidur yang cukup, daya ingatan anda akan lebih baik dan anda akan mudah mengingati perkara2 lama yang anda ingin ingati.

NO 6. KURANG RISIKO MENDAPAT PENYAKIT KENCING MANIS.

Sekiranya anda tidur kurang dari 5 jam setiap hari, badan anda tidak akan menggunakan glukos sepenuhnya dimana glokus ini umpama ‘bahan api’ untuk bekalkan tenaga kepada tubuh kita. Jika diamalkan rutin tidur yang begitu, anda berisiko untuk mendapat kencing manis kerana glokus mungkin masih ada tersimpan dalam tubuh anda, ianya tidak digunakan sepenuhnya. Jadi, tidur yang cukup adalah salah satu ikhtiar untuk anda mengelak dari mengidap kencing manis.

NO 7. AKTIVITI DI KAMAR TIDUR PASTINYA LEBIH MENARIK.

Point ni khusus untuk pasangan yang dah berkahwin ye. Bila anda tak cukup tidur, level hormon testosterone anda menurun, menjadikan anda kurang ereksi dan prestasi seksual anda mungkin akan mengecewakan pasangan anda,. Jadi, untuk nikmati detik2 indah bersama pasangan anda, pastikan anda dapat rehat dan tidur yang cukup. Barulah aktiviti di kamar lebih menarik. okey? ?

NO 8. BOLEH MENGURANGKAN KEDUTAN KULIT.

Haa..kedut2 ni memang sensitif untuk orang wanita. Nampak kedutan kat bawah mata sikit, dah susah hati dah..Dah rasa tua dah.. ? Bila anda kurang tidur, tubuh anda akan melepaskan hormon stress, cortisol. Hormon stress Cortisol ni boleh mendatangkan banyak keburukan untuk tubuh kita, salah satunya adalah kerosakkan kolagen menjadikan kulit anda tidak tegang lagi. Maka berlaku lah kedutan di kulit anda. So, kalau risau kulit cepat berkedut disebabkan kurang kolagen, pastikan anda dapatkan tidur yang cukup ya.. ?

NO 9. ANDA LEBIH BIJAK KETIKA MEMBUAT PILIHAN.

Apabila anda nak buat sesuatu keputusan dalam keadaan tidak mendapat tidur yang cukup, sel2 otak anda tidak akan dapat mengingati perkara2 yang anda fikir anda tahu. Dalam keadaan ini, anda menjadi sukar untuk membuat keputusan yang baik. Oleh itu, pastikan anda dapat tidur yang betul2 cukup jika anda perlu berfikir panjang untuk membuat keputusan yang penting dalam hidup anda.

NO 10. ANDA MUNGKIN AKAN KEHILANGAN BERAT BADAN.

Ha… point ni pasti ramai wanita suka. Wanita ni memang suka kan bab2 turunnya berat badan. Sekiranya anda amalkan tidur kurang 6 jam sehari, anda akan menyimpan lebih banyak lemak dalam tubuh. Macam mana tu ye? Apabila anda kurang tidur, tubuh anda berpotensi untuk menghasilkan lebih insulin which is boleh menyebabkan kenaikkan berat badan.

NO 11. UMUR ANDA LEBIH PANJANG.

Kita mungkin anggap tidur ini perkara yang remeh. Kita tak ambil pusing pun tentang kebaikkan mendapat tidur yang cukup setiap hari. Padahal, dengan tidak mendapat tidur yang cukup, kita berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit. Oleh sebab itu, jika anda mahukan umur yang lebih panjang, usahalah untuk mendapat tidur yang cukup setiap hari. Ye ajal maut itu ditangan Tuhan. Tapi, ini adalah salah satu ikhtiar untuk hidup lebih lama lagi.

NO 12. KURANG MENDAPAT DEMAM SELSEMA.

Haa…yang ni memang admin selalu kene bila admin tak cukup tidur. Sengsara rasa bila kene demam selsema ni. Mukus mengalir tanpa henti dan asyik bersin2 je. Hal ini kerana, anda mudah mendapat ‘infection’ akibat dari kurang tidur. Malangnya, ia akan ambil sedikit masa untuk ‘feeling better’ kerana tubuh anda tak mampu untuk hasilkan antibodi yang diperlukan untuk melawan virus infection itu. Hal ini kerana, sesetengah dari antibodi itu, terhasil hanya ketika anda tidur. Patutlah bila admin kene demam selsema ni, memang rasa nak tidur je. Itulah proses semulajadi yang Tuhan cipta dimana tubuh kita ni sebenarnya mampu untuk memulihkan diri kita sendiri apabila diserang penyakit. Jadi, untuk pastikan anda tidak diserang demam selsema, pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap hari.

NO 13. TIADA LAGI TERSENGGUK-SENGGUK.

Pernah tak terjadi dalam satu keadaan yang anda sedang sedar (tidak tidur), tiba-tiba anda ‘terlelap’ seketika? Mungkin anda tidak sedar tapi rakan yang berapa disebelah anda melihat yang anda tersengguk2. Hal ini dinamakan ‘microsleep’. Keadaan ini biasanya berlaku selama setengah saat – 15 saat. Tempoh masa tu mungkin kedengaran singkat saja. Tapi, jika anda sedang memandu, anda terlelap satu saat saja, kemalangan boleh berlaku!

itulah antara 13 sebab kenapa kita perlukan tidur yang cukup setiap hari. Badan kita ni perlukan rehat setelah penat bekerja sepanjang siang. Hukum alam nya dah memang begitu. Jika kita cuba untuk melawan hukum, maka bersedialah dengan kesan2 nya. Jika anda tak mahu perkara yang tidak baik berlaku, anda perlu ubah rutin tidur anda mulai hari ini.

Tetapkan rutin waktu tidur anda. Masuk tidur dan bangun pada waktu yang sama walaupun pada hujung minggu. Bila sampai masa untuk anda tidur, pastikan keadaan senyap dan relax, pasang lampu tidur dan jangan lakukan apa2 perkara yang boleh buat anda stress. Hal ini boleh menyebabkan anda sukar untuk tidur. Penting sangat untuk kita tidur dalam keadaan tenang kerana ianya boleh efek keadaan kita bila bangun esok paginya. Jangan lupa pasang air cond supaya tidur anda lebih lena!

sumber: http://www.webmd.com/

—————————
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya,BAIZURA BAHAR
dan like page saya, VITALLY VITAMIN
email vitallyvitamin@gmail.com
whatsapp/sms 016.595.2771

You may also like...

3 Responses

  1. Mama Lynd says:

    Good tips.. Terima kasih ye..

  1. August 27, 2021

    […] 13 Sebab Kenapa Kita Perlukan Tidur yang Cukup. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons