Cara Merawat Wajah Agar Putih dan Tidak Berjerawat

Memiliki wajah yang putih dan tidak berjerawat adalah idaman kebanyakan wanita. Pelbagai cara mereka sanggup cuba untuk dapatkan kulit wajah agar putih dan tidak berjerawat. Bagi yang memang miliki kulit yang sihat dan cantik memang beruntung. Tapi bagaimana dengan anda yang ada masalah kulit kusam dan berjerawat. Disini saya kongsikan 5 cara untuk merawat wajah agar putih dan tidak berjerawat.

Cara #1: Anda mudah dapat kedutan jika anda ambil banyak gula.

Gula dalam darah suka melekat pada protein.Protein pulak adalah nutrisi yang sangat penting untuk anda miliki kulit yang tegang dan lembut. Apabila gula berlebihan dalam darah anda, gula ini akan menarik lebih banyak protein menyebabkan kulit anda cepat kedut dan tona kulit menjadi kusam dan tidak sekata. Gula dari makanan yang di proses itulah yang sangat merbahaya manakala gula dari buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan tidak merbahaya. Malah ia memberikan anti oksidan yang sangat berguna untuk kulit anda. Oleh itu, cara untuk merawat wajah anda agar putih dan tidak berjerawat adalah dengan mengurangkan penggunaan gula dalam makanan yang diproses dan gula putih.

Cara #2: Anda tidak perlu minum banyak air untuk memastikan kulit anda sihat.

ha..confuse kan? Bukankah sepatutnya kita minum banyak air untuk kekalkan kelembapan kulit wajah kita? Ya. Kulit anda memerlukan kelembapan untuk sihat dan cantik. Kulit yang kering boleh menyebabkan kulit anda mudah menjadi merah dan gatal-gatal. Kebanyakan ‘cecair’ yang masuk dalam bahan anda – tidak semestinya dengan minum air biasa – dapat membantu menjaga kulit anda terhidrasi. Maksudnya disini, cecair yang mungkin anda peroleh dari buah-buahan segar atau sup-sup juga membantu membekalkan cecair dalam tubuh. Jika anda minum jus oren atau susu juga boleh dikatakan anda telah bekalkan cecair dalam tubuh. Tetapi, minuman berkafin seperti mescafe dan kopi serta minuman beralkohol tidak langsung membantu membekalkan cecair dalam tubuh kerana minuman ini boleh menarik kelembapan keluar dari banyak anda.

Cara #3: Kurangkan pengambilan nasi putih kerana ia menggalakkan penghasilan jerawat.

Makanan karbohidrat seperti nasi putih, roti, spegetti dan kismis juga tinggi kandungan glisemak indeks nya. Ia bermaksud, gula dalam darah anda akan naik secara mendadak dalam tempoh masa yang singkat apabila anda makan makanan-makanan tersebut. Hal ini kerana ia menggalakkan badan kita menghasilkan lebih insulin sekaligus menggalakkan penghasilan lebih banyak minyak di kulit. Apabila minyak terlebih dihasilkan, ia bukannya dapat melembapkan wajah tetapi ianya boleh menyumbatkan lubang pori anda dan menyebabkan jerawat mudah terjadi. Oleh itu, untuk merawat wajah anda agar putih dan tidak berjerawat, kurangkan lah pengambilan makanan tersebut.

Cara #4: Kulit anda lebih mudah menjadi kering sekiranya anda seorang ‘vegetarian’.

Anda rugi sekiranya anda seorang ‘vegetarian’. Dalam satu sudut mungkin ya anda akan peroleh banyak khasiat dan nutrisi dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Tapi, diet biasa juga dapat berikan anda banyak khasiat untuk kulit anda seperti Asid Lemak Omega-3. Omega 3 ini berfungsi sebagai ‘pemegang’ membran sel-sel anda. Asid Lemak Omega 3 dapat menjadi penghalang minyak semulajadi kulit kekal dalam sel menjadikan kulit anda kekal lembap dan lembut secara semulajadi. Ya anda boleh dapatkan nya dari minyak tumbuhan, kekacang dan soya juga. Tetapi ianya lebih baik jika anda dapatkan Asih Lemak Omega 3 ini dari haiwan seperti ikan tuna dan salmon. Kedua-dua ikan ini sangat kaya dengan Asid Lemak Omega-3. Oleh itu, anda mungkin perlu pertimbangkan semula diet pilihan anda. Atau mungkin anda boleh juga dapatkan Asid Lemak Omega-3 ini dari pengambilan suplemen omega-3.

Cara #5: Pengambilan Vitamin A dapat bantu mengurangkan masalah kulit berminyak.

Vitamin A yang terdapat dalam salur darah boleh mengurangkan penghasil sebum, iaitu minyak semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh kita. Lebih banyak Vitamin A dalam darah bermakna kuranglah risiko anda mendapat kulit berminyak dan berjerawat. Oleh itu, untuk merawat wajah anda agar tidak berjerawat pastikan anda makan makanan yang kaya dengan Vitamin A seperti Butternut squash, labu, lobak, sayuran hijau, buah mangga dan kentang manis. Anda juga boleh dapatkan Vitamin A ini dari suplemen pilihan anda.

.

?Sebarang pertanyaan dan order: www.wasap.my/60165952771

 COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.
 Delivery seluruh Malaysia
 Peluang pendapatan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *