9 Tips Memujuk Anak Picky Eater Untuk Makan

Cabaran dan kerisauan ramai ibu sekarang ni adalah bagaimana nak memujuk ‘anak picky eater’ untuk makan terutama sekali makan makanan yang berkhasiat.

Disebabkan tak pandai nak memujuk, ibu-ibu jadi cepat marah dan putus asa lalu memilih untuk beri ‘anak picky eater’ makanan segera atau makanan ringan yang sama sekali tidak sihat.

Untuk selesaikan apa-apa masalah, kita perlu tahu punca sebenar sesuatu masalah tu. Masalahnya, punca anak itu menjadi ‘picky eater’ terlalu general untuk di sabitkan sebagai punca.

Sebab tu dalam sharing kali ni, saya explain secara detail beberapa teknik atau tips yang insyaAllah dapat membantu anak picky eater ini untuk makan.

Saya suka seandainya ibu-ibu ambil langkah pantas untuk mencubanya. Dan seandainya tips-tips ini dapat membantu ibu-ibu sekalian, saya mohon agar dipanjangkan tips ini kepada ibu-ibu lain yang mempunyai anak picky eater juga.

Terima kasih kerana sudi like, share dan komen. (^_^)

Tips 1 : Jangan paksa

Anak anda tahu bila mereka perlu makan. Jadi, anda tidak perlu memaksa mereka makan seandainya mereka memalingkan muka ketika anda cuba untuk suap mereka. Reaksi itu sudah cukup untuk menjelaskan yang mereka mungkin belum mahu makan. Jika anda terus memaksa, anda mungkin akan mencipta suasana yang tegang dan tidak selesa ketika makan, dan menjadikan mereka lebih ‘fussy’ apabila berhadapan dengan makanan.

Tips 2: Pelbagaikan tekstur makanan

Berikan pilihan makanan yang pelbagai kepada anak anda. Ada yang suka makanan yang cair seperti ‘puree’, ada yang suka jenis solid seperti biskut atau mungkin ada yang suka pada makanan yang kenyal-kenyal kerana mereka seronok nak mengunyah. Kenal pasti kesukaan anak anda dan olahlah resepi yang sihat untuk anak anda, Jangan sesekali anda perkenalkan ‘junk food’ atau makanan segera kepada anak anda semata-mata untuk memujuk mereka makan.

Tips 3: Kenal pasti ‘tempo’ menyuap makanan

Ada anak yang boleh sabar dan makan sambil santai-santai sahaja. Ada anak yang seperti tak sabar-sabar nak makan. Jika anda tersalah ikut ‘tempo’ mereka, anda mungkin mengecewakan mereka dan menyebabkan mereka merajuk dan tak nak makan. Oleh itu, pastikan anda tahu ‘tempo’ menyuap makanan anak anda.

Tips 4: Fokus ketika makan, kurangkan gangguan. 

Matikan tv, letak gadjet dan permainan jauh-jauh dan bantulah anak anda fokus pada makanan. Pastikan anda lakukan tips ini pada saat pertama kali anda perkenalkan makanan pada anak anda supaya mereka akan terdidik dengan cara ini sejak bayi lagi.

Tips 5: Tetapkan masa makan

Anak-anak picky eater biasanya ambil masa agak lama untuk menghabiskan satu hidangan makanan. Kita mungkin kene bermain sambil menyuapkan mereka makanan. Layankan saja, tak perlu rasa stress. Tetapi, tetapkanlah masa makan itu tak lebih dari 30 minit.

Tips 6: Biarkan anak anda menyentuh makanan

Sebelum anda makan sesuatu yang anda belum pernak makan, pasti anda akan menghidu dan membelek-belek fizikal makanan tersebut. Sama juga dengan anak anda. Oleh itu, biarkan bayi anda untuk menyentuh makanan tersebut seandainya mereka ingin menyentuhya dan biarkan juga anak anda memegang sendiri sudunya seandainya mereke ingin melakukannya sendiri. Mungkin keadaan agak ‘messy’ selepas itu, makan bertabahlah wahai ibu-ibu. (^_^)

Tips 7: Biarkan anak anda lakukan sendiri

Kebiasaannya bayi berumur 9 bulan sudah mula ingin cuba untuk menyuap makanan sendiri. Berikan mereka peluang walaupun selepas itu anda terpaksa bekerja keras untuk mengemasnya. Walaupun begitu, pastikan anda tetap bersama mereka untuk pantau mereka makan, bukan buat makanan itu jadi permainan. Apa yang penting, anak picky eater ini enjoy ketika makan dan dapat makanan yang berkhasiat untuk perkembangan dan tumbesaran mereka.

Tips 8: Teruskan mencuba

Ya..memang agak mencabar dan menguji kesabaran untuk memujuk anak picky eater ini untuk makan. Ada yang ambil masa beberapa kali sahaja untuk menikmati makanan tersebut. Ada juga yang mengambil masa sangat lama untuk cuba rasa makanan itu. Sebagai ibu, bersabarlah dan teruskanlah berusaha disamping doa yang tidak putus. Jangan putus asa selagi makanan itu tak beri apa-apa mudarat pada mereka.

Tips 9: Jangan kecewa atau marah, fahami tanggungjawab.

Anda perlu sentiasa ingat bahawa tanggungjawab anda adalah untuk memberikan anak anda makanan yang berkhasiat untuk kesihatan dan tumbesaran mereka. Bukan untuk memuaskan hati anda. Jangan biarkan emori marah menguasai diri anda jika anak anda menolak untuk makan. Anak-anak pasti akan makan dan minum apabila mereka terlalu lapar. Selagi tumbesaran anak anda berada dalam keadaan yang baik dan anda sentiasa berikan makanan bernutrisi kepada anak anda -mungkin juga memerlukan ‘bantuan’ makanan tambahan atau multivitamin- anda tidak perlu terlalu risau. Selera mereka akan bertambah seiring dengan pertambahan usia mereka.

 

 

.

?Sebarang pertanyaan dan order vitamin Shaklee: www.wasap.my/60165952771

 COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.
 Delivery seluruh Malaysia
 Peluang pendapatan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami.

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *