Langkah langkah Atasi Jerebu

1. Pastikan anda kekal terhidrat

pastikan anda kerap minum air dan sentiasa bawa air kosong ketika keluar rumah.

2. Pastikan anda pakai topeng muka yang bersesuaian seperti N95

terdapat beberapa jenis topeng penutup muka yang berada dipasaran. setiap topeng itu memberi peratus perlindungan yang berbeza-beza seperti rajah di bawah. Topeng muka N95 boleh didapati di farmasi berhampiran anda dan di shopee juga.

3. Pastikan anda laraskan mode ‘recirculate’ pada air-cond kereta anda

pastikan anda menggunakan mode ‘recirculate ketika menggunakan air-cond kereta anda supaya udara tercemar dari luar tidak dapat masuk ke dalam kereta. pastikan juga anda menggunakan air-cond ketika berada di dalam kereta.

4. Pastikan anda basuh tangan dan muka selepas pulang ke rumah

Tangan dan muka anda mungkin telah melekat udara jerebu yang berbahaya ketika anda berada diluar rumah. Pastikan anda basuh tangan dan muka anda dahulu sebelum anda memegang apa-apa di dalam rumah seperti makanan ataupun anak kecil.

5. Pastikan anda menggunakan eye-drop

sekiranya anda mendapati mata anda sudah mula berasa pedih, kering atau gatal-gatal, gunakan eye-drop untuk bersihkan mata anda.

6. Elakkan berada diluar rumah terlalu lama

sekiranya anda tiada urusan yang penting yang mesti dilakukan diluar rumah, elakkanlah keluar rumah selalu. Berada di dalam rumah atau bangunan yang bertutup lebih selamat ketika ini.

7. Elakkan memandu ketika ‘peak hour’

hal ini boleh menyebabkan udara sekitar anda terasa lebih sesak kerana bertambahnya kenderaan serta bertambahnya asap-asap kenderaan yang memburukkan lagi keadaan. Pilihlah waktu yang tidak sesak. Keluar awal jika perlu.

8. Elakkan berjalan kaki berhampiran dengan jalan raya

suasana sesak sekitar jalan raya boleh membuatkan anda kekurangan udara berkualiti untuk di sedut. pilihlah untuk berjalan kaki berhampiran dengan pokok-pokok walaupun anda sudah memakai topeng N95.

Bahayakah bacaan IPU di tempat anda? Bagaimana untuk anda mengetahui bacaan itu di kategori yang merbahaya? sila baca di sini >>
http://vitallyvitamin.com/2019/09/22/tahap-bahaya-bacaan-jerebu/

Pastikan anda mengambil langkah langkah mengatasi jerebu seperti di atas jika tempat anda berada di zon bahaya.

1 Response

  1. September 22, 2019

    […] lah langkah berjaga-jaga. Pastikan anda ambil langkah-langkah mengatasi jerebu terutamanya jika anda berada di luar […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons