3 Keburukan Intermittent Fasting.

Intermittent fasting agak popular kebelakangan ini. Ramai yang berlumba-lumba untuk berkongsi berapa lama mereka mampu untuk berpuasa. Bagi mereka, semakin lama mereka berpuasa, seolah-olah satu kejayaan yang sangat besar buat pengamal intermittent fasting ini.

Secara peribadi, admin tidak mengamalkan intermittent fasting ini. Tetapi, kawan-kawan sekeliling admin ramai yang amalkannya. Jadi, sedikit sebanyak, admin tahu juga tentang intermittent fasting ini dari perkongsian mereka di sosial media.

Setiap apa yang kita lakukan, sentiasa ada kebaikan dan keburukannya bila kita berlebihan melakukannya. Oleh sebab itu lah, dalam ajaran agama Islam, kita hendaklah sentiasa bersederhana dalam melakukan sesuatu perkara. Jangan terlalu taksub kerana ketaksuban itu biasanya mendatangkan kemudaratan.


Adakah Intermittent Fasting ini memberi kebaikan dari segi kesihatan kepada pengamalnya?

Pengamal intermittent fasting telah mencadangkan bahawa, ianya memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan antaranya:

  • Memperbaiki homeostasis glukosa
  • Meningkatkan tenaga
  • Meningkatkan pengeluaran hormon pertumbuhan (GH).
  • Mengurangkan keradangan dengan mengurangkan tekanan oksidatif
  • Menurunkan tahap trigliserida (TG).
  • Menurunkan tekanan darah
  • Meningkatkan dan melindungi fungsi otak
  • Menggalakkan umur panjang
  • Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit berkaitan usia

Walaubagaimanapun, ada juga keburukan intermittent fasting ini yang perlu pengamalnya ambil perhatian.


3 Keburukan Intermittent Fasting.

  1. Bertambah lapar.
    • Jika intermittent fasting boleh mengakibatkan tahap kelaparan anda meningkat, ini mungkin mendorong sesetengah individu untuk mengambil lebih daripada apa yang biasanya mereka makan apabila tiba waktu anda boleh makan. Walaupun intermittent fasting ini berkesan untuk sesetengah orang tanpa menyebabkan rasa lapar yang meningkat, keadaan ‘bertambah lapar’ ini benar-benar berpunca daripada rasa lapar dan kenyang yang unik bagi setiap individu.
    • Jika anda seorang yang biasa berasa lapar di kemudian hari dan berasa biasa makan dengan 3 hidangan yang besar, maka intermittent fasting ini mungkin lebih sesuai untuk anda. Walau bagaimanapun, jika anda seorang yang suka mengambil makanan dengan kuantiti yang kecil dan lebih kerap sepanjang hari dan berasa lapar pada waktu pagi dan malam, maka mengamalkan intermittent fasting boleh menyebabkan anda berasa lebih lapar.
  2. Tahap Tenaga Menurun.
    • Satu tinjauan telah dilakukan kepada beberapa peserta intermittent fasting ini dimana keputusan tinjauan itu menunjukkan peserta mengalami kemerosotan kesihatan fizikal yang ringan seperti: rasa sejuk, sembelit, sakit kepala, kurang tenaga, ‘moody’ dan kurang tumpuan. Dalam keadaan ini, sukar untuk pengamal intermittent fasting mempunyai tenaga atau motivasi untuk aktif dan melakukan aktiviti harian anda.
    • Mendapatkan tenaga yang mencukupi sepanjang hari adalah penting untuk mengekalkan tahap tenaga dan produktiviti kita. Apabila anda melakukan intermittent fasting, ia mungkin memberi cabaran kepada sesetengah orang kerana ada jadual waktu untuk makan yang anda perlu patuhi sekaligus ianya mungkin dapat menghalang aktiviti harian anda.
  3. Kesan Autophagy pada tubuh.
    • Autophagy adalah satu proses penting dimana ia akan diaktifkan ketika tubuh badan kita berada dalam keadaan LAPAR. Contohnya apabila tubuh sedang berpuasa untuk tempoh 10-12 jam, proses Autophagy akan berlaku dimana protein dan komponen yang telah rosak dipecahkan dan digunakan semula untuk menghasilkan tenaga.
    • Kebaikan autophagy anda boleh baca secara detail di sini : Autophagy
    • Jika autophagy ini bagus untuk intermittent fasting, kenapa ianya dikatakan mendatangkan keburukan pulak kepada pengamal intermittent fasting?
      • Autophagy boleh merosakkan Kolagen! Menurut Dr Berg, intermittent fasting boleh menyebabkan kita kekurangan collagen sebanyak 90%. Wow.. sangat banyak ye. Berita ini pasti tidak menggembirakan wanita-wanita yang sangat menjaga kecantikan dan keanjalan kulit. Tambahan pula, semakin umur kita bertambah, kandungan kolagen juga semakin berkurang. Apabila kolagen berkurang, kulit anda juga semakin tidak elastik lalu menyebabkan kulit kendur. oh tidak!!!!
      • Walaubagaimanapun, ada pelbagai cara untuk anda ‘top up’ kolagen dalam badan anda untuk mengembalikan keanjalan kulit anda, Jangan risau. Salah satu caranya adalah dengan mengamalkan suplemen terbaik shaklee iaitu Shaklee Collagen Powder dalam diet harian anda.

Intermittent Fasting bagus untuk anda dapat autophagy ini.

Malangnya, autophagy ini memberi kesan buruk kepada kesihatan kulit anda.

Tetapi jangan risau! Ada penyelesaian nya…. (^_^)v


Baca juga:

Lagi info Keburukan Intermittent Fasting

Intermittent Fasting Berkesan Turunkan Berat Badan dengan Lebih Cepat?

8 Tips Intermittent Fasting Untuk Beginner.

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee


Potongan harga sehingga 25% serta peluang pendapatan setiap bulan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami. KLIK SINI : JOIN NOW!

COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.

Delivery seluruh Malaysia

Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons