7 Tips Mengurangkan Risiko Hipoglisemia

7 Tips Mengurangkan Risiko Hipoglisemia
  1. Pengambilan Insulin dan Ubat
    • Pastikan pesakit mengambil ubat atau menyuntik insulin mengikut sukatan yang ditetapkan. Jika boleh, rekodkan dalam buku bila waktu makan ubat dan cucuk insulin tersebut.
  2. Jaga Pengambilan Makanan
    • Walaupun pesakit telah mengambil ubat dan insulin, pemakanan anda tetap perlu dijaga. Janganlah sambil lewa sahaja dengan corak pemakanan anda kerana dengan pengambilan makanan yang terkawal dapat mengurangkan risiko hipoglisemia.
  3. Sentiasa Ada Bekalan Manisan
    • Pesakit yang perlu ambil insulin atau ubat secara berkala, perlulah sentiasa membawa gula-gula, coklat atau makanan manis setiap masa sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat simptom hipoglisemia. Dengan cara ini risiko hipoglisemia dapat dikurangkan.
  4. Maklumkan Keadaan Pesakit Kepada Ahli Keluarga
    • Pesakit seharusnya memberitahu keadaan sebenar pesakit kepada ahli keluarga serta info-info berkaitan hipoglisemia supaya ahli keluarga lebih peka terhadap anda. Sekurang-kurangnya, jika ahli keluarga menyedari pesakit sedang mengalami simptom-simptom hipoglisemia, ahli keluarga dapat bertindak dengan segera.
  5. Pelajari Cara-cara Menggunakan Suntikan Glukagon
    • Pesakit sebaiknya mempelajari cara-cara menyuntik glukagon dari doktor atau paramedik. Bahkan ahli keluarga pesakit juga patut belajar supaya sebarang kemungkinan yang berlaku dapat diberikan bantuan oleh ahli keluarga dengan segera.
  6. Semakan Suntikan
    • Sekiranya pesakit merasakan anda semakin kerap mengalami hipoglisemia, sebaiknya anda semak semula dengan doktor dos insulin atau ubat oral anda.
  7. Alat Pemantauan Glukosa
    • Sekiranya pesakit merasakan yang glukosa darah anda perlu dipantau selalu, pertimbangkanlah untuk menggunakan alat pemantauan glukosa secara berterusan (Continuous Glucose Monitor – CGM). Alat ini mempunyai sensor, transmitter (diletakkan di abdomen) dan monitor kecil (dipasangkan di tali pinggang atau poekt atau beg).
7 Tips Mengurangkan Risiko Hipoglisemia
Continuous Glucose Monitor

baca juga:

Diabetes: Punca, Jenis dan Simptom Diabetes.

Suplemen Shaklee Untuk Diabetes.

Cara Penjagaan Pesakit Kencing Manis

Polifenol : Mengawal Tahap Gula Dalam Darah

Apa itu hiperglisemia dan hipoglisemia?

Ketoacidosis (DKA) dan Non-Ketotic Hyperosmolar Hyperglycemic State (NKHH): Faktor-faktor dan Simptom-Simptom.


sumber rujukan: Memahami diabetes: Panduan mengurus diabetes, tip dan kehidupan yang lebih sihat. Wan Hassan Wan Ismail.


COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.

Pos ke seluruh Malaysia

Peluang pendapatan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami.

Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons