8 Tips Intermittent Fasting Untuk Beginner.

1. Fleksibiliti.

Ramai yang akan memilih untuk menggunakan corak intermittent fasting 16/8 jam. Ianya mungkin tidak dapat di ikut oleh beginner. Adalah disarankan untuk anda mulakan dengan corak14/10 jam. Kemudian, apabila anda sudah mula selesa dengan corak 14/10 jam, anda boleh cuba tukar ke corak 16/8 jam pula. Corak intermittent fasting yang lebih berkesan dengan anda juga bergantung pada corak pemakanan yang anda ambil.

2. Kekal terhidrat .


Adalah penting untuk pastikan anda minum banyak air terutamanya apabila anda sedang melakukan intermittent fasting. Apabila anda tidak makan, anda akan kehilangan air dalam makanan. Oleh itu, anda perlu minum lebih banyak cecair untuk mengimbanginya. Selain itu, minum banyak cecair membantu anda berasa kenyang semasa tempoh berpuasa dan mengurangkan keinginan anda untuk makan. Cecair yang boleh anda ambil adalah air kosong kerana ianya zero kalori.

3. Elakkan godaan makanan.

Godaan makanan adalah godaan yang paling sukar ketika melakukan intermittent fasting. Oleh itu, anda seharusnya mengelakkan diri anda daripada melihat atau bau makanan yang boleh menaikkan selera makan anda.


4. Memanfaatkan masa terluang


Apabila anda sedang intermittent fasting, anda seharusnya mengisi ‘masa makan’ anda dengan aktiviti lain yang boleh membuatkan anda sibuk sehingga anda terlupa untuk makan. Contohnya menghias rumah, berkebun, membaca, mendengar muzik atau berjalan-jalan.

5. Banyakkan tidur.


Kajian telah menunjukkan bahawa, tidur malam yang nyenyak dapat menghalang selera makan anda dan keinginan untuk makan lebih terkawal. Disebabkan itu, jika anda seorang beginner untuk melakukan intermittent fasting, dicadangkan untuk anda makan malam sebelum pukul 7 malam dan boleh melakukan intermittent fasting pada waktu tidur anda sehingga esok pagi.

6. Senaman

Walaupun anda sedang melakukan intermittent fasting, anda masih boleh melakukan senaman ringan seperti brisk walk. Senaman ringan ini dapat meningkatkan peredaran darah dan akan membantu meningkatkan tenaga dan memberikan mood yang baik kepada anda. Masa bersenam ini terpulang kepada anda. Anda yang tetapkan waktu anda.


7. Ambil masa untuk berehat.


Bagi seorang beginner, sekiranya anda merasakan intermittent fasting ini sukar dilakukan, banyakkan berehat dan bersantai sehingga tubuh anda mula serasi dengan keadaan baru yang anda cipta untuk tubuh anda.

8. Memberi ganjaran pada diri sendiri.

Satu cara untuk menjadikan intermittent fasting lebih menyeronokkan adalah dengan memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas anda melihat perubahan pada diri anda. Hal ini pasti dapat membuatkan anda lebih bersemangat untuk terus melakukan intermittent fasting anda.


baca juga: Tips Untuk Awak Yang Baru Nak Mulakan Intermittent Fasting atau IF


Potongan harga sehingga 25% serta peluang pendapatan setiap bulan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami. KLIK SINI : JOIN NOW!

COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.

Delivery seluruh Malaysia

Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

You may also like...

3 Responses

  1. February 16, 2023

    […] Baca juga: 8 Tips Intermittent Fasting Untuk Beginner. […]

  2. February 25, 2023

    […] 8 Tips Intermittent Fasting Untuk Beginner. […]

  3. March 25, 2023

    […] 8 Tips Intermittent Fasting Untuk Beginner. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons