9 Tanda Mental Penat dan ‘Breakdown’.

Apa itu mental penat dan mental breakdown?

Mental penat bermaksud otak anda berasa tidak mahu fikir apa-apa tentang apa-apa pun. Otak anda tidak mampu lagi untuk berfikir dengan waras apatah lagi mahu berfikiran positif. Ianya seperti keletihan fizikal, tetapi bukan badan anda yang penat tapi fikiran anda.

Mental ‘breakdown’ pula bukanlah bermaksud yang otak anda sudah ‘rosak’ tetapi otak anda dah tak mampu untuk bekerja lagi. Sama seperti kereta yang ‘breakdown’, kereta itu tak boleh bergerak lagi.


Bagaimana ia boleh terjadi?

Banyak faktor yang boleh menyebabkan otak anda penat dan breakdown antaranya:

Dan pelbagai lagi. Selain itu, pengambilan nutrisi yang tidak lengkap setiap hari juga boleh menyebabkan mental anda mudah penat kerana otak anda tidak dapat ‘makanan’nya.

  1. Tertekan dengan tanggungjawab yang anda perlu pikul seperti menjaga anak-anak atau orang tua yang sedang sakit.
  2. Tidak gembira dengan persekitaran anda contohnya tempat kerja sehingga anda rasa tertekan tiap kali berada di tempat kerja.
  3. Hajat yang anda terlalu harap anda akan capai, tetapi tidak tercapai walaupun anda sudah berusaha bermacam-macam cara.
  4. Kerap berselisih faham dengan pasangan, kawan-kawan atau sesiapa saja.
  5. Dikurung terlalu lama di satu tempat contohnya waktu sekarang ni, satu dunia di landa pendamik Covid 19 dan kita terpaksa berkurung di rumah sahaja.

9 Tanda Mental Penat dan Breakdown

1. Anda cepat marah dan tidak sabar.

Apabila mental anda penat, anda akan ‘bad mood’. Dengan kesalahan kecil yang orang lain buat pun anda boleh hilang kewarasan dan marah-marah. Lebih parah lagi jika anda tak mampu untuk kawal marah anda sehingga anda menjerit-jerit ketika marah. Anda agaksukar untuk kawal emosi anda apabila mental anda kepenatan.

2. Anda tidak bermotivasi untuk melakukan apa-apa kerja.

Produktiviti setiap orang naik dan turun. Tetapi, apabila anda mengalami keletihan mental, anda semakin sukar untuk menumpukan perhatian dalam pekerjaan yang biasa anda lakukan. Hal ini juga dapat mengurangkan motivasi anda. Anda mungkin boleh terganggu dengan mudah dan mula tidak mengendahkan sebarang ‘dateline’ kerja anda. Tanda yang lebih parah lagi apabila anda merasakan sangat terbeban walaupun dengan tugasan kecil.

3. Anda seperti berkhayal.

Apabila anda mula mengalami mental breakdown, anda cenderung untuk banyak berfikir sekaligus menjadikan fikiran anda sering berkhayal atau melayang-layang. Anda juga mungkin tidak bertindak balas terhadap sesuatu dengan sangat cepat. Keadaan ini sangat membahayakan dalam situasi tertentu contohnya ketika anda sedang memandu. Ia boleh menyebabkan kemalangan! Hati-hati lah sekiranya anda mengalami tanda ini. Segera dapatkan rawatan pakar.

4. Anda sukar untuk tidur.

Anda mungkin merasakan yang anda akan lebih mudah tidur ketika otak anda letih dan breakdown. Tetapi sebenarnya itu tidak selalu berlaku. Kajian menunjukkan orang yang bekerja dengan “beban kerja kognitif” yang tinggi lebih banyak mengalami masalah insomnia daripada mereka yang bekerja dengan “beban kerja kognitif” yang rendah. Apabila anda mengalami insomnia, ia boleh menyebabkan mental anda mengalami keletihan yang melampau.

5. Anda mengalami kemurungan.

Kemurungan dan mental penat sangat berkait rapat. Sekiranya anda sering berasa tertekan dalam hidup anda, tidak mustahil apabila mental anda mulai penat, anda bakal berdepan dengan kemurungan pula. Hal ini menyebabkan anda sukar menyiapkan sesuatu tugasan serta mula berasa penat untuk melakun aktiviti harian yang anda biasa lakukan. Anda juga rasa putus asa untuk hidup dan tidak mahu melalukan apa-apa pun. Jika hal ini berlarutan sehingga 2 minggu, boleh jadi ianya tanda kemurungan anda semakin serius. Segera lah dapatkan rawatan pakar.

6. Anda bimbangkan pelbagai perkara.

Keletihan mental boleh mencetuskan sistem saraf simpatik anda menjadikan anda mudah berasa bimbang tentang banyak perkara. Anda sentiasa merasakan ada sesuatu yang tidak kena walaupun dalam sekecil-kecil perkara. Sekiranya anda selalu merasakan mental penat, anda mungkin mula merasa panik atau bimbang sepanjang masa. Kebimbangan ini lah tanda awal anda bakal mengalami kemurungan.

7. Tabiat pemakanan anda berubah.

Percaya atau tidak, Keletihan mental boleh mempengaruhi tabiat pemakanan anda dengan pelbagai cara. Anda mungkin makan lebih daripada biasa dan mungki tidak peduli langsung tentang pemakanan anda. Tekanan juga dapat membuat anda menginginkan makanan yang manis, masin, atau berlemak. Pendek kata, semua makanan yang tidak sihat akan jadi pilihan anda ketika anda mengalami tekanan mental. Atau anda mungkin tidak ada selera makan sama sekali!

8. Anda sering melakukan kesilapan.

Mustahil kerja anda sentiasa sempurna sepanjang masa. Tetapi keletihan mental boleh menjadikan anda sering melakukan kesilapan. Hal ini kerana otak anda tidak dapat berfungsi dengan baik sekaligus mengurangkan kemampuan anda untuk melakukan sebarang kerja dengan baik. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dalam pekerjaan tertentu, contohnya seperti pekerjaan yang menggunakan mesin, memandu kenderaan, atau menerbangkan pesawat.

9. Tahap kesihatan anda menurun dan mudah jatuh sakit.

Tahukah anda, apabila anda berasa tertekan, sistem imun anda menjadi rendah. Bayangkan jika anda mengalami keletihan mental atau mental breakdown. Sistem imun anda mungkin berada pada tahap yang terlalu rendah. Hal ini boleh menyebabakan anda mudah jatuh sakit, anda mula mengalami sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, atau masalah perut. Sekiranya anda mengalami penyakit yang berterusan, seperti fibromyalgia, anda mungkin akan berasa lebih sakit daripada biasa.


baca juga:

Benarkan Vitamin B Dapat Bantu Kurangkan Stress?

13 Sebab Kenapa Kita Perlukan Tidur yang Cukup.

Suplemen Shaklee Untuk Pesakit Gastrik/Gastritis.


Potongan harga sehingga 25% serta peluang pendapatan setiap bulan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami. KLIK SINI : JOIN NOW!

COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.

Delivery seluruh Malaysia

Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

You may also like...

1 Response

  1. August 29, 2021

    […] baca: 9 Tanda Mental Penat dan ‘Breakdown’. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons