Hiperglisemia dan Hipoglisemia: Punca, Simptom dan Komplikasi.
Dua terminologi ini sering digunakan untuk menggambarkan keadaan diabetes seseorang. Jadi di dalam entry ini, saya akan terangkan tentang:
- Apa itu Hiperglisemia.
- Punca-punca Hiperglisemia.
- Simptom-simptom Hiperglisemia.
- 2 komplikasi besar Hiperglisemia.
- Apa itu Hipoglisemia.
- Punca-punca Hipoglisemia.
- Simptom-simptom Hipoglisemia.
Apa itu Hiperglisemia:
Hiperglisemia adalah keadaan dimana kandungan glukosa darah yang tinggi daripada paras bacaan normal iaitu > 11.0 mmlo/L dan keatas.
Punca-punca Hiperglisemia:
- INSULIN – seseorang itu tidak mencukupi insulin atau suntikan insulin itu tak berkesan bagi memecahkan glukosa untuk digunakan oleh sel-sel.
- PEMAKANAN – tabiat pemakanan yang teruk iaitu dengan makan berlebihan dan kurang bersenam untuk membakar tenaga yang di ambil dari makanan tersebut.
- STRES – stres yang berpanjangan juga boleh menjadi punca anda menghidapi hiperglisemia.
Simptom-simptom Hiperglisemia:
- Kerap berasa haus.
- Kerap membuang air kencing.
- Pandangan kabur.
- Luka lambat sembuh.
- Kerap mengantuk.
- Kulit kering.
- Lapar selalu.

Apabila anda mulai sedar yang anda mengalami simptom-simptom di atas, segeralah mendapatkan rawatan doktor.
Jika hiperglisemia tidak dirawat dengan segera, seseorang itu mungkin akan mendapat ketoacidosis (DKA) dan juga mudah pengsan. Hal ini kerana akibat dari kukurangan insulin dalam badan.
2 komplikasi besar Hiperglisemia:
Dan yang lebih malang lagi, hiperglisemia boleh membawa anda kepada dua komplikasi yang lain pula, iaitu:
- Diabetic ketoacidosis (DKA)
- Non Ketotic Hyperosmolar Hyperglycemic State (NKHH)
Kedua-dua ini adalah komplikasi serius dan boleh membawa maut.
Apa itu Hipoglisemia.
Hipoglisemia pula adalah keadaan dimana kandungan glukosa darah yang rendah daripada paras bacaan normal iaitu > 3.9 mmlo/L dan kebawah.
Punca-punca Hipoglisemia:
- Terlalu mengawal makan.
- Makan ubat-ubatan tertentu seperti gliclazide dan terlupa untuk makan.
- Kesilapan dalam terapi insulin (dos yang besar).
- Kekuatan insulin menyerap.
- Salah waktu untuk suntikan insulin.
- Senaman yang berlebihan.
- Pengambilan alkohol yang tinggi.
Cara terbaik untuk mengetahui bacaan glukosa dalam darah aalah menggunakan glukometer.

Simptom-simptom Hipoglisemia:
- Menggeletar.
- Degupan jantung kencang.
- Berpeluh sejuk.
- Menjadi ganas.
- Sakit kepala.
- Letih dan lemah.
- Penglihatan kabur.
- Kerap lapar.
- Keliru.
- Pening.

Jika hipoglisemia yang anda alami diperingkat yang teruk (severe hipoglisemia), and mungkin akan menjadi bingung, ganas dan melawan serta boleh menyebabkan anda pengsan.
Jika anda mengalami simptom-simptom di atas, segeralah makan makanan yang manis seperti kurma, kismis, coklat, air gula, maduu atau apa-apa yang boleh memberikan anda tenaga segera.
Pihak hospital misalnya, ada mencadangkan agar mereka yang mengalami hipoglisemia untuk mengambil salah satu daripada makanan atau minuman di bawah ini:
- 3 biji gula-gula atau candy.
- 1/2 cawan jus buah-buahan.
- 1/2 tin minuman yang manis.
- 3 sudu lecil gula atau madu.
Jika anda masih mengalami simptom-simptom hipoglisemia selepas anda ambil makanan dan minuman tersebut, segeralah dapatkan rawatan doktor di hospital atau klinik berdekatan.
Hati-hati! Jika pesakit pengsan, jangan sesekali cuba untuk memberi makanan kepada pesakit ketika itu kerana dikhuatiri pesakit tercekik. Sebaliknya, segeralah bawa pesakit ke hospital.
sumber rujukan:
Memahami diabetes: Panduan mengurus diabetes, tip dan kehidupan yang lebih sihat. Wan Hassan Wan Ismail.
COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.
Pos ke seluruh Malaysia
Peluang pendapatan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami.
Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

terima kasih untuk sharing ini.
sama-sama atul. 🙂