Ibu Mengandung Sukar Tidur Malam Apa Solusinya

Tidur malam merupakan satu nightmare buat ibu mengandung ketika kandungan dah mula besar sekitar 7 ke 9 bulan. Waktu ni memang dah tak selesa sangat nak tidur asbab fizikal ibu mengandung. Nak mengiring ke kanan tak selesa. Nak mengiring ke kiri pun tak selesa. Nak tidur terlentang lagi lah tak selesa. Macam pengalaman admin sendiri, tidur mengiring agak menyakitkan diri admin. Sudahnya, admin tidur separa duduk. Sandarkan bantal kat kepala katil, lepas tu tidur lah sambil separuh duduk. Kalau nak mengiring pun, kene ‘sendal’ bantal kat bawah perut. Hehe… macam-macam pengalaman ketika mengandung dulu.

Kita tahu tidur itu sangat penting untuk semua orang. Lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung.


3 sebab utama kenapa ibu mengandung mesti cukup tidur.

1. Tidur untuk 2 orang

Badan ibu mengandung memerlukan tenaga yang banyak untuk membesarkan bayi di dalam perut dan membawanya ke mana-mana saja.

Hal ini boleh menjejaskan diri anda sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup. Ini ditunjukkan oleh kadar denyutan jantung anda yang meningkat dengan ketara.

Untuk menampung keperluan tenaga yang meningkat ini, anda perlu banyak berehat dan dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.

Ini menerangkan kenapa ibu mengandung sentiasa letih dan banyak tidur.

2. Mengurangkan komplikasi kelahiran

Penyelidik dari Pusat Perubatan Universiti Pittsburgh mendapati bahawa terdapat hubungan antara kualiti/kuantiti tidur ibu mengandung dan komplikasi kelahiran. Lebih baik kualiti/kuantiti, lebih rendah kemungkinan komplikasi kelahiran timbul.

Oleh itu, pastinya anda tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku pada peringkat akhir kehamilan anda dan berisiko ketika melahirkan dengan meninggalkan tidur yang berkualiti, bukan?

3. Proses kelahiran lebih cepat dan lancar.

Pernahkah tak anda dengar ibu mengandung yang mengalami berjam-jam kontraksi sewaktu nak melahirkan?

Kajian dari Universiti California San Francisco telah mendapati bahawa tidur yang berkualiti memainkan peranan dalam proses melahirkan yang lebih cepat.

Kajian terhadap 131 wanita menunjukkan bahawa wanita yang tidur kurang daripada 6 jam setiap malam mempunyai purata masa melahirkan selama 29 jam. Sebagai perbandingan, wanita yang tidur selama 7 jam atau lebih mempunyai masa bersalin purata hanya 17.7 jam.

Hampir 12 jam kesakitan yang lebih rendah!

Oleh itu, jika anda fikir untuk korban kan masa tidur anda dengan kerja, atau apa-apa perkara yang tidak berfaedah, sila lah fikir kembali.


Berapa Jam Waktu Tidur Yang Ibu Mengandung Perlukan?

Kebiasaannya, orang dewasa memerlukan 7-9 jam waktu tidur. Tetapi, ibu mengandung mempunyai keperluan yang berbeza.

Jumlah jam tidur optimum yang perlu diperolehi oleh ibu mengandung berbeza-beza kerana terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, ibu mengandung harus tidur lebih lama daripada orang dewasa biasa dan perlu tidur sebentar pada siang hari.

Oleh itu, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti komplikasi kelahiran, anda disyorkan untuk menyasarkan untuk tidur sekitar 9 jam setiap hari. Tetapi, tidur berlebihan tak elok juga kerana ianya boleh menudaratkan kesihatan seperti tekanan darah sistolik yang tinggi.


Apa Sebab Ibu Mengandung Sukar Tidur?

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tidur anda ketika mengandung. Boleh jadi anda berasa tidak selesa dalam posisi tidur anda, mengalami insomnia, dsb. Semua ini menimbulkan halangan untuk anda berehat dan tidur dengan baik.

Walaubagaimanapun, punca-punca ini boleh berubah bergantung pada trimester mana anda berada.

Berikut adalah beberapa punca kesukaran tidur:

Trimester Pertama: Bulan 1-3

  • Keletihan dan Kelesuan.
  • Ketidakselesaan Badan.
  • Kerap ke Bilik Air.
  • Loya-loya.

Trimester Kedua: Bulan 4-6

  • GERD (Pedih ulu hati).
  • Mimpi ngeri.
  • Hidung Tersumbat.

Trimester Ketiga: Bulan 7-9

  • Ketegangan.
  • Berdengkur.
  • Restless Leg Syndrome. (RLS)

12 Petua Tidur Nyenyak untuk Ibu Mengandung – Perkara yang Boleh dan Tidak Boleh

DOS

  1. Latihan relaksasi untuk menghilangkan kebimbangan.
  2. Senaman ringan untuk memastikan badan anda sentiasa aktif.
  3. Tidur siang yang kerap boleh mengurangkan keletihan.
  4. Ambil snek ringan sebelum tidur untuk mengurangkan rasa loya.
  5. Dapatkan urutan untuk menenangkan deria anda.
  6. Jadikan bilik tidur anda sebagai tempat tidur yang nyaman dan menenangkan.
  7. Lakukan rutin yang bagus untuk dapatkan tidur yang menenangkan.
  8. Kekal hidrat dengan minum air yang cukup.
  9. Dapatkan bantuan daripada doktor jika insomnia anda berterusan.

DONTS

  1. Jauhi makanan dan minuman tertentu seperti kopi, makanan berat dan pedas sebelum tidur.
  2. Elakkan berfikir perkara yang memberatkan minda anda pada waktu malam.
  3. Katakan tidak kepada pil tidur.

Bagaimanakah Posisi Tidur Yang Selesa dan Selamat semasa Mengandung?

Ramai daripada anda bertanyakan posisi tidur yang selamat dan disyorkan semasa anda mengandung lebih-lebih lagi buat ibu yang pertama kali mengandung.

Terdapat empat jenis kedudukan iaitu: Tidur belakang, tidur atas perut, tidur mengiring – kiri dan kanan. Anda boleh rujuk pada gambar di bawah.

credit to: sleepsmooth.com


Mudah-mudahan, pada masa ini, sebagai ibu mengandung, anda mempunyai idea bagaimana untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti dalam posisi yang menyenangkan. Apapun, nikmati lah masa mengandung anda ini dengan tenang kerana ianya akan menjadi kenangan yang tak mungkin akan berulang.

Baca juga:

Diabetes Ketika Hamil (GDM)

Makanan yang perlu di elakkan semasa hamil.

Suplemen Shaklee Untuk Pesakit Gastrik/Gastritis

Set Hamil Shaklee

Baiknya Allah kepada wanita.

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 

Potongan harga sehingga 25% serta peluang pendapatan setiap bulan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami. KLIK SINI : JOIN NOW!

COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.

Delivery seluruh Malaysia

Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

You may also like...

1 Response

  1. September 9, 2023

    […] Wanita mengandung perlu pemakanan Sihat bagi mendapatkan nutrisi yang mencukupi untuk pertumbuhan bayi. Ini termasuk makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan protein. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons