Ketoacidosis (DKA) dan Non-Ketotic Hyperosmolar Hyperglycemic State (NKHH): Faktor-faktor dan Simptom-Simptom.
Apa itu Ketoacidosis (DKA).
Ketoacidosis adalah satu keadaan yang berbahaya buat pesakit dimana pesakit akan mengalami:
- paras glukos dalam darah terlalu tinggi iaitu > 16.7 mmol/L
- darah berasid.
- mengalami kehilangan banyak air di dalam badan (dehydration)
- kandungan elektrolit yang tidak seimbang.
- pengeluaran ketone yang berlebihan dalam badan.
Ketone adalah kimia yang terhasil ketika lemak dalam badan diuraikan.
Faktor-faktor Ketoacidosis.
- infeksi
- pesakit terlupa menyuntik insulin.
- rawatan insulin yang diterima tidak mencukupi.
- stress yang kerap.
- penyakit akibat dari keperluan penambahan insulin.
Apabila insulin pesakit terlalu kurang, ia boleh menyebabkan proses fisiologi seperti penurunan penggunaan glukosa, peningkatan asid animo, gliserol dan lain-lain akan terganggu.
Seterusnya, kekurangan insulin dan peningkatan glukagon boleh menyebabkan glukosa dikeluarkan dari hati. Apabila glukosa dalam darah tinggi, ini boleh menyebabkan pula kencing berlebihan (polyuria) dengan membawa bersamanya air dan garam galian (sodium dan potassium) daripada badan dan badan akan mengalami kehilangan air (dehydrated) dan pesakit menjadi sangat dahaga (polydipsia) dan sangat lemah.
Apabila pesakit mengalami keadaan seperti diatas, pesakit memerlukan insulin untuk menurunkan paras glukosa yang tinggi dalam darah dan perlu dikeluarkan sebagai tenaga oleh sel-sel badan.
Simptom-simptom Ketoacidosis.
- kencing berlebihan (polyuria).
- dahaga yang melampau (polydipsia)
- penurunan berat badan.
- lemah dan letih.
- berasa loya-loya
- muntah.
- sakit-sakit badan.

simptom-simptom ini biasanya berlaku kepada pesakit diabetes Type 1. Jika berlaku simptom-simptom yang dinyatakan diatas, segeralah dapatkan rawatan di hospital. Jika pesakit lambat dapat rawatan, pesakit boleh koma dan seterusnya mengalami masalah jantung dan berkemungkinan boleh meninggal dalam beberapa jam sahaja.
Apa itu Non-Ketotic Hyperosmolar Hyperglycemic State (NKHH)
NKHH pula adalah satu komplikasi diabetes dimana paras glukosa dalam darah terlalu tinggi hingga menyebabkan dehidrasi yang melampau.
Faktor-faktor Non-Ketotic Hyperosmolar Hyperglycemic State:
- mengalami infeksi
- mengalami stress
- mengalami strok
- mempunyai sakit buah pinggang
- salah makan ubat (ubat yang diberikan tidak sesuai)
Simptom-simptom Non-Ketotic Hyperosmolar Hyperglicemic State:
- serum glokusa yang terlalu tinggi iaitu melebihi 40-50 mmol/L (lebih tinggi dari DKA)
- darah tidak berasid.
- tiada ketone.
- kehilangan air dalam badan yang melampau (severe dehydration)
- mental yang tidak terkawal.
- menghadapi kencing berlebihan sehingga koma.
Kes seperti ini perlu di uruskan di Unit Rawatan Rapi (ICU)

baca juga:
Diabetes: Punca, Jenis dan Simptom Diabetes.
Suplemen Shaklee Untuk Diabetes.
Cara Penjagaan Pesakit Kencing Manis
Polifenol : Mengawal Tahap Gula Dalam Darah
Apa itu hiperglisemia dan hipoglisemia?
sumber rujukan:
Memahami diabetes: Panduan mengurus diabetes, tip dan kehidupan yang lebih sihat. Wan Hassan Wan Ismail.
COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.
Pos ke seluruh Malaysia
Peluang pendapatan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami.
Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

1 Response
[…] Apa itu DKA dan NKHH? […]