Komplikasi Diabetes Pada Tubuh

Diabetes jika tidak dikawal dan seterusnya tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi pada seluruh anggota tubuh badan seperti otak, mata, mulut, jantung, buah pinggang, kehamilan, sistem saraf periferal, tekanan darah dan anggota bawah badan. Seterusnya boleh membawa maut.

Dalam keadaan dunia yang kini sedang bergelut dengan Covid-19, pesakit diabetes menjadi salah seorang pesakit yang digemari oleh virus Covid-19. Yang lebih mendukacitakan adalah, pesakit diabetes yang dijangkiti Covid-19 boleh membawa maut.

Oleh itu, sama-sama lah kita ikhtiar untuk menjaga diri kita sebaik mungkin dengan mengawal kandungan gula dalam darah serta meningkatkan sistem imun tubuh kita.


Apabila pesakit diabetes mengalami hiperglisemia yang berpanjangan iaitu kandungan glukosa dalam darah yang tinggi berpanjangan, ini boleh mendatangkan komplikasi diabetes yang mengakibatkan semua saluran darah menjadi keras dan saluran darah juga akan mengecil serta tersumbat. Lebih menggusarkan lagi, bacaan kolestrom juga boleh meningkat.

Jika dibiarkan keadaan ini berlarutan selama bertahun-tahun lamanya, saluran darah dan saraf akan rosak seterusnya mengakibatkan komplikasi pada organ-organ tubuh badan yang lain seperti mata, jantung, buah pinggang, otak dan kaki.

Kajian mendapati bahawa, komplikasi diabetes ini boleh dikawal dengan mengawal glukosa darah di paras yang normal jika komplikasi ini dapat dikesan dengan lebih cepat.


Komplikasi Pada Mata

Mata mempunyai 3 bahagian iaitu bahagian depan yang dipanggil lensa yang memfokus imej di bahagian belakang, di mana bahagian belakang dipanggil retina dan bahagian tengah yang dipenuhi cecair jernih yang dipanggil vitreous. Terdapat banyak protein membran di saluran darah dalam retina.

Apabila glukosa di dalam saluran-darah-dalam-retina berada lama di situ, ini akan mengakibatkan gangguan saraf mata sehingga saraf mata mengalami kerosakan. Hal ini boleh menyebabkan oksigen dan nutrien tidak dapat di salurkan kepada mata. Apabila oksigen dan nutrien tidak dapat dibekalkan ke mata, mata akan bertindak menghasilkan saluran darah baru. Saluran ini boleh pecah dan boleh menyebabkan pendarahan mata.

Keadaan ini dipanggil diabetic retinopathy – penglihatan akan beransur-ansur hilang.

Pesakit diabetes tidak akan mengatahui bahawa mereka telah mendapat retinopathy melainkan dengan menjalani pemeriksaan mata oleh doktor pakar. Jika pesakit ingin membuat pemeriksaan mata, pesakit dinasihatkan untuk membawa teman kerana mata mereka akan diberi ubat titis yang boleh menyebabkan mata berpinar-pinar. Pesakit mungkin akan mengalami kesukaran untuk memandu pulang ke rumah jika datang sendirian.

Selain diabetic retinopathy, pesakit diabetes juga berisiko untuk mendapat penyakit mata yang lain seperti glaukoma dan katarak.


Komplikasi Pada Jantung

Apabila darah mengandungi glukosa yang tinggi dalam jangka masa yang lama, ini boleh meyebabkan lapisan dalam pembuluh darah (blood vessel) rosak. Apabila lapisan ini rosak, lemak berpotensi untuk berkumpul di dinding pembuluh darah dan sekaligus boleh menyekat pengaliran darah.

Apbila darah tidak dapat bergerak dengan lancar ke otak atau ke jantung kerana saluran yang sempit, ini menyebabkan oksigen tidak akan dapat disalurkan ke otak dan jantung, maka serangan strok boleh berlaku.

Keadaan ini di kaitkan dengan penyakit kardiovaskular dan cerebrovasvular. Kedua-dua penyakit ini sangat berbahaya kerana ianya boleh membawa maut secara tiba-tiba.

Usaha untuk memulihkan serangan strok in mengambil masa disamping kos yang tinggi dalam menangani sakit jantung. Oleh itu, pesakit diabetes hendaklah sentiasa berwaspada dengan komplikasi ini.

Pesakit juga dinasihatkan untuk sentiasa mengawal kandungan glukosa darah, kawal tekanan darah, kawal kolestrol, kawal pemakanan dan sentiasa bersenam.


Komplikasi Pada Buah Pinggang.

Bagaimana kandungan glukosa yang tinggi dalam masa yang panjang boleh merosakkan sistem penapisan buah pinggang? Ia terjadi apabila membran buah pinggang menjadi tebal dan bocor.

Apabila membran buah pinggang bocor, protein boleh keluar melalui air kencing di mana hal ini tidak sepatutnya berlaku. Dan jika keadaan ini berterusan, akhirnya buah pinggang akan gagal berfungsi untuk menapis kimia keluar dari badan. Keadaan ini dipanggil diabetic nephropathy.

Fungsi buah pinggang adalah untuk menapis bahan kimia keluar daripada badan supaya badan mempunyai imbangan dari segi air, elektrolit, protein dan bahan-bahan lain.

Apabila buah pinggang sudah rosak, pesakit harus menjalankan dialisis bagi mencuci buah pinggang. Hal ini agak menyukarkan pesakit dan melibatkan kos yang tinggi juga.

Oleh itu, pesakit diabetes dinasihatkan untuk sentiasa mengawal tekanan darah, mengawal glukosa darah dan kolestrol pada paras normal agar komplikasi buang pinggang tidak berlaku.


Komplikasi Pada Kaki.

Bahagian bawah abdomen dan kaki adalah bahagian yang sering mengalami komplikasi. Hal ini kerana di bahagian kaki ini mempunyai saluran darah dan saraf yang panjang.

Himpunan glukosa dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakkan saraf dan saluran darah menjadi sempit. Keadaan yang berlaku ini dipanggil neuropathy. Keadaan ini sangat bahaya kerana oksigen dan nutrien tidak dapat disalurkan ke bahagian kaki.

Kesan Kerosakkan Saraf di kaki adalah seperti berikut:

  • Kehilangan deria rasa
  • Pergerakan otot kaki terganggu
  • Lemah otot kaki
  • Kecacatan jari kaki
  • Kulit kering dan mudah merekah

Neuropathy boleh membawa kepada 2 keadaan yang lebih teruk iaitu Gangren dan Diabetic Foot Ulcer.

Apabila berlakunya neuropathy, kaki boleh menjadi gangren (kehitam hitaman dan biru) dan boleh mengakibatkan kaki itu hilang fungsinya dan berisiko untuk dipotong.

Selain gangren, akibat dari kerosakan saraf di kaki tersebut boleh dijangkiti sejenis kudis yang bernama diabetic foot ulcer. Jika kudis ini tidak dirawat dengan kadar segera, kudis ini boleh merebak menjadi besar. Dan jika keadaan menjadi lebih teruk, bahagian kaki yang berkudis akan diamputasikan bagi menyelamatkan pesakit diabetes.

DIANGGARKAN 50% PESAKIT DIABETES MEMPUNYAI RISIKO KOMPLIKASI PADA KAKI.


Komplikasi Pada Saraf.

Peripheral Vascular merupakan situasi dimana glukosa darah yang tinggi dan tidak terkawal hingga menyebabkan saraf menjadi rosak.

Hal ini boleh menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan baik termasuklah pada kemaluan lelaki dan apabila keadaan ini berlaku ia dipanggil Erectile Dysfunction (ED) ataupun Mati Pucuk. Dalam keadaan ini, sudah pastinya pesakit diabetes lelaki tidak dapat menikmati seks dengan baik begitu juga pasangannya.

Selain itu, Peripheral Vascular juga boleh menyebabkan pesakit diabetes rasa kebas sehingga kaki tidak berapa apa-apa ketika memijak, berjalan atau dicucuk sekalipun. Hal ini juga menyebabkan rasa berdenyut-denyut terutama pada bahagia tangan, peha dan kaki.


Komplikasi Pada Kulit.

Antara komplikasi kulit yang kerap di alami oleh pesakit diabetes adalah:

  • Ketumbit di bahagian mata.
  • Jangkitan di bulu roma dan rambut (hair follicles).
  • Kudis.
  • Bisul.
  • Fungus di celah jari kaki.
  • Infeksi di sekitar kuku.

Diabetes juga boleh menyebabkan perubahan kepada saluran darah yang kecil. Keadaan ini dippanggil dermopathy.

Dermopathy menunjukan ciri-ciri berikut:

  • kulit berwarna coklat terang.
  • bintik-bintik di bahagian kaki.
  • kulit jadi berkilat dan boleh merekah.
  • bulu roma gugur.
  • dan lain-lain lagi.

Inilah antara komplikasi-komplikasi akibat daripada diabetes. Bagi pesakit diabetes, anda dinasihatkan agar mendapatkan rawatan juga di:

  • klinik mata.
  • klinik darah tinggi (bagi mereka yang mendapat darah tinggi).
  • klinik diabetes.
  • klinik orthopedic (penjagaan kaki).
  • klinik jantung (bagi mereka yang ada sakit jantung).
  • bertemu dietitian (untuk panduan pemakanan pesakit diabetes).

Hal ini bagi mencegah mendapat komplikasi-komplikasi seperti yang terangkan di atas.


baca juga:


COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.

Delivery seluruh Malaysia

Peluang pendapatan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami.

Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons