Mencari Bisnes Online Terbaik Di Malaysia 2023.
Rakyat semakin tersepit dengan kenaikan harga barang yang semakin mendadak. Kalau dulu, memasak pilihan terbaik untuk kurangkan kos bab makanan seisi rumah. Tapi sekarang ni, nak beli bahan mentah pun berapa je dapat beli dengan amoun Rm100. Nak beli, lagi lah tinggi kos nya. In the end, rakyat jadi stress, kesihatan mental terganggu dan berlaku lah perkara tak diingini seperti bunuh diri.
Nak tak nak, rakyat sekarang harus mencari extra income melalui kerja part time. Secara peribadi, bisnes online adalah antara kerja part time terbaik yang mudah dilakukan oleh rakyat yang sudah ada kerja tetap tetapi mahu income tambahan dalam gaji bulanan mereka.
Macam admin dulu, admin bekerja dengan satu company interior design dan dalam masa yang sama, admin dapatkan income tambahan melalui bisnes Shaklee yang admin buat secara online saja. Jadinya, pada waktu malam, admin dapat jalankan bisnes Shaklee ini melalui online saja tanpa perlu tinggalkan anak-anak dan suami.

Kenapa admin pilih bisnes Shaklee daripada bisnes-bisnes online yang lain?
1. Modal serendah RM35 sahaja
Setiap bisnes pastinya ada ‘modal’ yang perlu dibayar. ‘Modal’ ini ada dalam banyak bentuk; modal duit, modal masa, modal tenaga, modal idea dll ~ semua itu dikategori sebagai modal. Untuk memulakan bisnes shaklee ini pun ada modal. Dengan serendah rm35 sahaja, anda boleh mendaftar ahli dan mulakan bisnes online anda! Pastikan anda mendapatkan ‘guidance’ dari upline anda ~ orang yang bertanggungjawab mendaftarkan anda.
Wajib ye untuk jadi ahli kalau anda nak buat bisnes online ni sebab bila anda dah jadi ahli, pelbagai benefit dan reward yang shaklee offer boleh menjadi milik anda. (t&c applied)
2. Hampir zero-risk bisnes.
Seorang mentor bisnes pernah berkata, (lebih kurang macam ni lah) ; Bila anda buat bisnes, pastikan nilai modal anda yang anda boleh keluarkan tu sama dengan nilai kerugian yang anda sanggup hilang.
Dalam bisnes Shaklee, seandainya anda benar-benar fokus untuk berbisnes, insyaAllah anda mampu untuk dapatkan balik modal anda yang bernilai rm35 itu. Kami juga tidak menggalakkan ahli untuk simpan stok yang banyak kerana kami fokus buat bisnes ini secara online. Tapi, kalau kita ada customer yang berdekatan dan suka cash-on-delivery, ya kami galakkan buat sedikit stok bersesuaian dengan modal yang anda ada.
3. Stok diuruskan oleh HQ.
Disebabkan Shaklee tak banyak branch di seluruh Malaysia, pihak HQ sendiri menggalakkan ahli shaklee yang aktif berbisnes untuk berbisnes secara online. Shaklee Malaysia telah menyediakan laman web yang sangat praktikal untuk memudahkan ahli perniagaan shaklee membuat tempahan barang untuk customer di laman web, dan shaklee sendiri yang akan uruskan pembungkusan dan penghantaran.
Oleh sebab itu lah bisnes shaklee ini adalah antara bisnes online terbaik dan praktikal di Malaysia ini. Sangat mudah dan praktikal jika anda ingin memulakan bisnes ini secara part time. Anda tak perlu pening-pening tentang stok dan production. Anda hanya perlu fokus untuk marketing, itu pun secara online juga. Mudah, kan?
4. Tempat kerja yang flexible.
Since bisnes ini boleh dibuat secara online, tempat kerja anda boleh dimana-mana sahaja asalkan ada line internet. Even anda perlu berada diluar negara, pun anda boleh jalankan bisnes ni.
5. Masa kerja yang flexible.
Selain dari tempat kerja yang flexible, masa kerja anda juga tidak tertakluk pada ‘office hour’. Anda tak perlu ‘punch card’ pun. Cukup untuk anda disiplin kan diri sendiri dengan menetapkan setiap hari berapa jam anda perlu fokus pada bisnes online ini.
Sebab itulah bisnes shaklee ini antara bisnes online terbaik di Malaysia jika anda mahu memulakannya secara part time.
6. Produk yang berkualiti, international dan sentiasa ada demand.
Produk-produk shaklee adalah khusus kepada produk kesihatan dan skin care. Seperti yang kita sedia maklum, setiap hari klinik-klinik pasti dikunjungi oleh pelbagai pesakit dengan pelbagai penyakit. Di sini lah peluang anda untuk mempromosikan produk kesihatan shaklee yang semulajadi, selamat dan berkesan kepada orang ramai disamping menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Selain itu, produk shaklee itu sendiri adalah produk yang sangat menjaga kualiti dan keberkesanannya. Buktinya, shaklee tidak menjalankan kajian produk nya ke atas haiwan tetapi setiap ujian dijalankan keatas manusia sendiri. Dari situ lah terbukti keberkesanannya.
7. Company yang kukuh dan stabil.
Syarikat Shaklee telah wujud lebih 50 tahun di HQ Utama, di US. Manakala di Malaysia pula, Shaklee Malaysia telah dibuka lebih 20 tahun yang lalu. Ini menunjukkan bahawa syarikat Shaklee ini sangat kukuh dan stabil.
Dan apa yang paling penting adalah, pihak shaklee tidak pernah gagal untuk membayar bonus tunai kepada ahli perniagaan shaklee setiap bulan bagi mereka yang layak. Syukur alhamdulillah. Ianya membantu sangat-sangat buat mereka yang menjalankan bisnes online shaklee ini secara part time. Bagi mereka yang buat bisnes ini secara full time pula, ianya umpama gaji bulanan yang anda boleh spend untuk apa saja termasuklah untuk beli rumah dan kereta idaman kerana slip bonus Shaklee valid untuk buat pinjaman bank.
8. Sumber pendapatan setiap bulan.
Seperti yang admin nyatakan diatas, syarikat shaklee membayar bonus tunai kepada ahli perniagaan nya setiap bulan. Bonus tunai ini bergantung kepada jualan persendirian (personal sales) dan juga jualan kumpulan (total group sales). Ada terma dan syarat untuk dapatkan nya.
Apa yang pasti, jika anda fokus menjadi ahli perniagaan shaklee, berniaga dengan bersungguh-sungguh, pastinya bonus tunai bulanan anda berkadaran dengan usaha anda. Dan anda jangan terkejut kerana shaklee boleh membayar anda sehingga jutaan ringgit setiap bulan.
9. Support yang superb dari HQ dan team.
Bila nak buat bisnes ni, support sistem sangat-sangat penting dari orang terdekat, teammate dan of course dari HQ sendiri. Shaklee Malaysia telah sediakan pelbagai material seperti kelas-kelas offline dan online secara percuma dan berbayar, poster-poster menarik untuk ahli perniagaan shaklee gunakan, website yang user-friendly dimana ahli perniagaan shaklee boleh menggunakan nya untuk menaja ahli baru, menyediakan rewards yang mewah dan pelbagai lagi.
Begitu juga support dari upline master dan teammate yang saling membantu, mengadakan macam-macam program dan gathering, dan macam-macam hadiah dan reward. Bila anda sentiasa berada dalam circle dan team yang saling support each other, insyaAllah anda akan sama-sama ‘naik’ dalam bisnes online ini.
Jika anda sedang mencari-cari bisnes online yang dapat bantu menambah pendapatan bulanan anda, bisnes shaklee adalah antara bisnes online terbaik di Malaysia.
Ramai yang telah memanfaatkan peluang ini. Anda juga harus jadi sebahagian dari mereka.! Mulakan dengan mendaftarkan diri anda sebagai ahli di sini >> JOIN NOW!
Potongan harga sehingga 25% serta peluang pendapatan setiap bulan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami. KLIK SINI : JOIN NOW!
COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.
Delivery seluruh Malaysia
Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

2 Responses
[…] ni ZERO RISK. Antara yang lainnya1- Bisnes Shaklee based on ONLINE PLATFORM sahaja iaitu sejenis bisnes onlineKak Lin tak perlu keluar duit bulan-bulan untuk sewa kedai, walaupun dah jadi Master Coordinator […]
[…] Mencari Bisnes Online Terbaik Di Malaysia 2023.9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best […]