Menu Sahur Simple dan Sihat.

Apa itu sahur?

Sahur adalah perbuatan makan dan minum pada awal pagi sebelum waktu fajar dengan niat untuk berpuasa.

Nabi SAW telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”

Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim (1095)

Bilakah waktu yang sesuai untuk bersahur?

Waktu sahur bermula daripada akhir malam sebelum waktu subuh sehingga terbit fajar al-sadiq. Sunnah untuk kita melewatkan waktu sahur sehingga hampir kepada waktu subuh sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Zaid bin Thabit RA, beliau berkata:

تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلَاةِ، قُلْتُ: كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا؟ قَالَ: خَمْسِينَ آيَةً

Maksudnya: “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bangun untuk mendirikan solat, aku telah bertanya, berapa jarak antara keduanya? Maka baginda SAW bersabda: 50 ayat.”

Riwayat Muslim (1097), al-Nasaie (2155), dan Ibn Majah (1694)

50 ayat di dalam hadith ini bermaksud kadar tempoh bacaan ayat al-Quran tersebut lebih kurang persamaannya dengan kadar waktu antara imsak (iaitu waktu berhati-hati) dengan waktu subuh.

sumber: https://muftiwp.gov.my/


Tak semua orang ada selera untuk makan di awal pagi. Tetapi, dalam islam, bangun bersahur walau hanya dengan seteguk air dan sebiji kurma adalah sangat digalakkan jika ingin berpuasa.

Oleh itu, dalam entry kali ini, admin nak berkongsi beberapa menu sahur yang simple tetapi menyihatkan dan dapat memberi tenaga kepada kita sepanjang hari kita berpuasa.

1. Sup Ayam

Bagi yang biasa bersahur dengan nasi, lauk pauk yang dimasak secara rebus dan stim adalah menu sahur yang mudah disediakan. Manakala ayam atau ikan pulak adalah sumber protein yang dapat memberi kita rasa kenyang lebih lama berbanding nasi (sumber karbohidrat). Anda digalakkan untuk lebihkan makan ayam atau ikan ketika bersahur.

Resepi Sup Ayam Simple untuk bangkitkan selera ketika sahur.

Bahan2:
Bawang putih dihiris.
Halia dititik.
Sup bunjut. – 1
Ayam dipotong kecil.
Bawang goreng.
Daun sup.
Lobak merah dipotong ikut suka lah.
Kiub pati ayam – 1

Cara memasak:
1. Jerang air ikut banyak mana kuah sup tu kita nak.
2. Masukkan bawang putih, halia, sup bunjut, ayam, lobak, kiub pati ayam dan tinggalkan je.
3. Bila ayam dah masak, masukkan daun sup dan bawang goreng.
4. Perlahankan api dan biar sup direneh.
5. Masukkan garam secukup rasa.

Lepas tu siaplah untuk dinikmati.
Nasi panas bubuh dalam mangkuk, tuang sup sampai banjir. Sedapnya!


2. Smoothie Kurma

Kurma merupakan makanan sunnah yang berkhasiat. Jika tiada apa yang Nabi Muhammad s.a.w boleh makan ketika bersahur di rumah baginda, cukup sekadar kurma menjadi menu sahur baginda. Sesetengah orang tak boleh nak telan kurma kerana ada kurma yang terlalu manis rasanya. Jadi, untuk kita tetap dapat khasiat dari kurma itu adalah dengan menjadikan smoothie kurma.

Cubalah smoothie yang enak dan berkrim dengan kebaikan kurma di dalamnya. Minuman yang enak ini akan membuat badan anda bertenaga sepanjang hari.
Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • 1 cawan ais
  • 5 kurma


Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati


3. ‘Overnight’ Protein Oat Enak

Resepi ini sangat ringkas tetapi sedap untuk dijadikan sebagai menu sahur anda !

Bahan-bahan:
• 1 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
(dicampur dengan 25 ml air)
• 2 sudu besar oat
• 1 sudu besar kacang kegemaran anda
• 1 sudu besar kismis
• Beri biru atau strawberi segar secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Lapiskan semua bahan di dalam bekas dan letakkan dalam peti sejuk semalaman.
  2. Nikmati keenakannya ketika bersahur!

4. Macaroni Carbonara.

Sesekali kita tukar selera dengan bersahur ala ala italia. (^_^)v. Sedap juga rasanya jika dinikmati ketika bersahur. Kalau anda belum cuba, jom cuba dan jadikan ianya salah satu dari menu sahur anda!

Bahan-bahan:

  1. Macaroni
  2. Sos carbonara
  3. Shitake mushroom
  4. 3 sudu besar ESP
  5. Tomato segar

Cara membuatnya:

  1. Rebus macaroni sehingga kembang dan tos kan.
  2. Masak sos carbonara bersama-sama cendawan, tomato dan ESP serta sedikit air. Kacau sehingga sebati.
  3. Siap untuk dihidang!


5. Hi-Protein Chocolate Mousse with Tofu

Resepi special ini dikongsi oleh Shaklee Malaysia. Nampak menarik dan menyelerakan sangat. (^-^) Yang penting, menu sahur sebaiknya berasaskan protein sebab protein ini membantu kita rasa kenyang lebih lama dan lebih bertenaga.

Peminat chocolate wajib cuba resepi ini!


5 menu dulu admin share dalam entry ini ya. Apa yang penting, pastikan menu sahur kita itu kaya dengan protein. Apapun, berpada pada lah ketika makan pada waktu sahur dan berbuka. Dapatkan Set Puasa Shaklee sebagai pelengkap nutrisi dalam menu makanan kita.

Dengarkan juga pengalaman pengguna Set Puasa Shaklee yang lain di dalam video youtube dibawah ini:

Puasa Lebih Bertenaga Dengan Shaklee

#shakleethrive23 #shakleetriump23 #blogmegashaklee #baizurabahar #pengedarShakleeChemor #vitallyvitamin #viivixOffer


Potongan harga sehingga 25% serta peluang pendapatan setiap bulan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami. KLIK SINI : JOIN NOW!

COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.

Delivery seluruh Malaysia

Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons