Review Projek Blog Mega 1.0

Saya menulis blog, asalnya adalah untuk merakam memori kehidupan anak pertama saya yang ketika itu berusia 6 bulan. Waktu itu, blog merupakan salah satu medium yang sangat saya gemari untuk berhubung dengan seseorang. Dari blog seseorang itu juga, saya dapat kenali dan sama-sama menyelusuri momen-momen hidup seseorang. Kiranya, saya sangat suka membaca blog blogger yang berkongsi kisah hidup mereka.

Dari situ lah saya pun buat blog sendiri. Blog pertama saya diberi nama putrinaurah.blogspot.com, sempena nama anak pertama saya. Sebab fokus blog itu pun untuk menulis tentang Putri Naurah. Saya ni memang suka menulis diary, jadinya tak kekok untuk saya menulis blog tentang kehidupan saya sendiri.

Sehingga lah Putri Naurah dapat adik, dan adiknya Putri Natrah berusia sekitar 9 bulan macam tu, saya mula menyertai komuniti Shaklee dengan asbab ingin mencari pekerjaan yang saya boleh usahakan dari rumah.

Saya bermula dengan part time saja kerana saya masih bekerja ketika itu. Dalam komuniti Shaklee yang saya sertai di bawah naungan Master Norita, Euphoria, kami diajar untuk menggunakan medium blog sebagai ‘Kedai Shaklee’ kami. Saya yang dah memang menulis blog ketika itu, tanpa membuang masa, terus berkongsi tentang kebaikan produk-produk Shaklee di sana.

Alhamdulillah.. Ramai juga pelanggan-pelanggan baru yang membeli dengan saya melalui blog itu dan seterusnya menyertai komuniti kami. Sehinggalah pada satu hari, suami saya mencadangkan untuk buat satu website untuk ‘Kedai Shaklee’ kami. Lalu kami ‘brainstorming’ nama kedai itu bersama-sama, dan terlahir lah www.vitallyvitamin.com ini.

Begitu lah asal usul blog vitallyvitamin.com ini. Disini memang saya totally fokus menulis info-info tentang kesihatan dan shaklee sahaja. Blog putrinaurah.blogspot.com itu kembali saya menulis tentang personal life saya. Dan sekarang dah bertukar nama ke baizurabahar.blogspot.com. Actually, jarang-jarang juga tu menulis di sana. Hehe

pengedar shaklee chemor, vitallyvitamin, set kurus shaklee
Inilah personal blog saya. Dari sini juga anda boleh direct ke kedai shaklee saya ini (vitallyvitamin.com) dengan klik tap My Business tu.

Actually, saya kurang update entry baru di sini disebabkan oleh alasan diri sendiri yang sibuk setiap hari uruskan anak-anak dan rumah tangga. Tetapi, atas keprihatinan upline Master saya yang begitu ‘concern’ dengan anak buahnya, beliau telah melancarkan satu projek iaitu Blog Mega Shaklee 1.0, dimana projek ini membantu kami untuk sama-sama mencipta gelombang Shaklee di medium google.

Ia merupakan satu projek yang saya tak boleh lepaskan kerana ia bergerak secara berkumpulan dan pelbagai hadiah menarik dari Master Norita sebagai galakkan untuk kami teruskan menulis entry-entry baru di blog kami. Ianya satu inisiatif yang merugikan saya dan tim sekiranya kami lepaskan peluang ini begitu saya.

Apabila kita melakukan sesuatu secara berkumpulan, percayalah kita akan lebih bersemangat kerana terinspirasi dengan kesungguhan tim yang lain serta gelombang itu lebih mudah dibina berbanding jika kita melakukan sesuatu itu secara sendirian.

Untuk projek Blog Mega Shaklee 1.0 yang dilancarkan baru-baru ini, kami diberi task untuk menulis 2 entry berkenaan Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee. Kami diajar bagaimana cara nya untuk cipta ‘gelombang itu’ dan hasilnya pageview blog saya meningkat dari yang sebelum ini. Ini bermakna, semakin ramai yang datang ke ‘kedai shaklee alam maya’ saya. Alhamdulillah.


Dengan itu, Master Norita berbesar hati untuk meneruskan projek ini, dengan diberi nama projek Blog Mega Shaklee 2.0 dimana proses saringan untuk peserta-peserta sedang dijalankan. Hal ini kerana, ramai peserta baru yang ingin sertai dan pastinya yang dapat komited dan bersungguh-sungguh sahaja yang akan dipilih kerana projek ini mesti dilakukan bersama-sama dalam tempoh masa yang ditetapkan. Doakan saya terpilih untuk sertai Blog Mega Shaklee 2.0 ini ya. (^_^)v

#shakleethrive23 #shakleetriump23 #blogmegashaklee #baizurabahar #pengedarShakleeChemor #vitallyvitamin #viivixOffer


Potongan harga sehingga 25% serta peluang pendapatan setiap bulan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami. KLIK SINI : JOIN NOW!

COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.

Delivery seluruh Malaysia

Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons