Suplemen Shaklee Untuk Pesakit Gastrik/Gastritis

Dengan nama Allah…

Salam semua.. 🙂
ramadhan 1435H bersamaan tahun 2014 semakin hampir.
bila datang bulan puasa, maka akan datanglah penyakit yang paling famous sekali di Malaysia ni iaitu GASTRIK. 🙂

Jom kita kenali dulu penyakit GASTRIK ini.
adakah anda sekadar mengalami GASTRIK?
atau ULSER PEPTIC? apa pulak ULSER PEPTIC tu?

kata Dr. Lizzy di dalam blog nya:

GASTRIK atau GASTRITIS (istilah perubatan) adalah keradangan pada lapisan perut. Ia boleh berlaku dalam 2 keadaan iaitu:

GASTRIK ACUTE: berlaku secara tiba-tiba dan dalam jangka masa yang pendek.

Ataupun,

GASTRIK CHRONIC: ia berlaku secara berperingkat dan dalam jangka masa yang panjang.


7 Punca GASTRITIS:

1. Pengambilan alkohol yang kerap dan berlebihan.

2. Penggunaan ubat anti keradangan yang bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs) seperti aspirin dan ibuprofen. Ubat2 ini selalunya diberikan oleh doktor utk merawati sakit keradangan sendi (arthritis) dan keradangan2 lain. Ubat ini boleh menyebabkan gastritis jika diambil dalam jangka masa yang agak lama.

3. Jangkitan virus, kulat atau bakteria. Bakteria yang seringkali dikaitkan dengan penyakit ini dan merupakan penyebab utama adalah Helicobacter pylori. Bakteria ini mudah merebak di kawasan yang kurang bersih dan masuk ke dalam badan manusia melalui makanan atau air yg telah dicemari oleh bakteria ini.

4. Penyakit autoimmune dimana sistem immunisasi yang sepatutnya berperanan sebagai ketahanan badan terhadap penyakit telah menyerang sel2 di permukaan dinding perut dan menyebabkan kurang penghasilan asid, enzim dan mukus oleh sel tersebut.

5. Refluks hempedu (bile reflux) – refluks hempedu atau aliran balik hempedu ke dalam perut boleh menyebabkan keradangan pada dinding perut.

6. Pernicious anaemia – satu penyakit kekurangan darah merah di mana perut tidak dapat menyerap vitamin B12

7. Punca-punca lain adalah seperti berlakunya keadaan yang menyebabkan stress melampau seperti trauma, pembedahan major dan luka akibat kebakaran.


Tanda-tanda GASTRITIS:

1. Sakit perut di bahagian atas perut (antara pusat dan tulang bawah dada) samada di bahagian tengah atau kiri dan boleh merebak ke belakang.

2. Rasa loya.

3. Muntah ( isi kandungan muntah mungkin jernih, kuning atau kehijauan, mengandungi jalur darah ataupun darah sepenuhnya bergantung pada tahap penyakit ini).

4. Sendawa (jika berlaku, ianya tidak mengurangkan rasa sakit).

5. Kembung perut.

6. Rasa kenyang dengan hanya makan dalam kuantiti yg kecil.

7. Hilang selera makan.

8. Turun berat badan.


Perut (Stomach).

Permukaan lapisan perut mempuyai sel yang berfungsi untuk mengeluarkan asid dan enzim yang penting untuk pencernaan makanan. Ia juga mengeluarkan mukus yang berperanan sebagai pelindung kepada permukaan perut tersebut.

Jadi, apabila keradangan pada lapisan perut berlaku (GASTRIK), hanya sedikit asid, enzim dan mukus yang akan dirembeskan. Permukaan lapisan perut akan lebih mudah terhakis kerana kekurangan mukus yang menjadi pelindung dan ini menyebabkan luka kecil berlaku. Apabila luka telah berlaku, pada tahap inilah ia dipanggil ULSER PEPTIK.


Bagaimana Suplemen Shaklee Boleh Bantu Pesakit Gastrik?

Energizing Soy Protein (ESP)
Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan.

pengedar shaklee chemor baizura bahar

B Complex
bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda.
melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi.

 


Ostematrix
vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.


Suplemen Tambahan Untuk Pesakit Gastrik Sempena Ramadhan.


PERFORMANCE DRINK
PD juga produk yang sangat membantu bagi mereka yang berpuasa. Rasanya sedap dan menyegarkan, malah mencegah badan dari kekeringan air atau dehidrasi. PD juga membantu kekal bertenaga sepanjang hari. Antara ciri-ciri PD ialah:
Minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak dehidrasi
Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.

MEAL SHAKES
Meal Shakes pula ialah multivitamin atau pemakanan lengkap. Ia adalah easy-on-the-go meal kerana sangat mudah disediakan dan kandungannya lengkap. Ia membekalkan 19 vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Rasanya sedap, boleh diminum begitu saja atau dicampur dalam minuman lain.
Meal Shakes amat sesuai diberi kepada kanak-kanak yang mula belajar berpuasa kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang berpanjangan disamping dapat membina ketahanan badan kanak-kanak.


Review pesakit gastrik tentang Set Puasa Shaklee.

Dah 10 tahun kene gastrik, lepas minum ESP secara konsisten, hilang terus sakit gastrik.


 Selama 20 tahun kene gastrik, sentiasa kene pedih ulu hati, admit KPJ untuk buat ujian scop, hampir kene Ulser Perut. Selepas amalkan ESP + Meal Shake + Performance Drink sebelum sahur dan semasa sahur, pedih di perut beransur hilang. Puasa jadi lebih bermakna dan dapat menjalani ibadah puasa tanpa rasa sakit perut pun. Syukur Alhamdulillah.


Dila kene gastrik sejak darjah 4 lagi. Bila gastrik datang, mesti rasa nak muntah, tak pernah dapat puasa penuh, kerap masuk hospital sebab gastrik dan dah cuba macam-macam ubat, masih sama. Akhirnya, selepas Dila ambil Set Puasa Shaklee, Alhamdulillah Dila dapat puasa dengan bertenaga dan tinggal puasa sebab haid sahaja.

Jangan biarkan GASTRIK anda melarat menjadi ULSER PEPTIK dan KANSER!
Dapatkan pencegahan awal dengan segera.
Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merawat!


COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.

Delivery seluruh Malaysia

Peluang pendapatan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami.

Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

You may also like...

1 Response

  1. April 28, 2020

    […] Tanda-tanda awal Ulser Peptik adalah Gastrik. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons