TIPS BERHENTI MEROKOK.

Last week saya berbuka puasa di food court mydin manjoi. food courtnye kat open area. saya sampai tu dah lewat sangat dah nak berbuka. semua orang pun dah order air n makanan masing2. semua dah duduk tunggu azan maghrib. termasuk lah seorang lelaki ni. dia sorang2 tidak berteman.
bila azan berkemundang je, semua pun makan.lelaki tadi minum air dulu dan…..terus capai rokok!
muka dia feel habis dapat hisap rokok.rokok yang di cari dulu…emmm..

rasanya semua orang dah maklum termasuk lelaki tadi, merokok boleh meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan. tu pada diri sendiri. kalau diri sendiri je yang kene, tak pe.
tapi masalahnya, penghidu asap rokok pun kene tempias nye. baby dalam kandungan juga. kan kejam nama nya tu!

Tips Berhenti Merokok

Anda merokok dan kesannya bukan kepada anda je…tapi kepada:
☑ orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.

Ibu yang mengandung pula jika merokok atau selalu bau asap rokok:
☑ boleh melahirkan anak tidak cukup bulan,
☑ baby kurang berat badan
☑ mati selepas lahir.

Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
☑ Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk
☑ selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
☑ Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
☑ Mendapat asma

tak kesian ke tengok insan2 kesayangan kita menderita?

Kenapa anda MESTI BERHENTI MEROKOK?

Panjang umur – Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya – Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
Mencegah penyakit – Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
Kehidupan yang lebih sihat – Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain – bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
Meningkatkan deria bau dan rasa
Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
Menjimatkan wang – Labur wang anda berbanding membeli rokok (estimation: RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda!).
Melindungi alam sekitar – Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
Meningkatkan kesuburan.
Meningkatkan tahap ‘kelakian’

So..kalau anda sukar dapat anak, jangan salahkan isteri semata2 ya.. 😉

estimate anda spend RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda! wow! macam2 boleh buat dengan rm18,000 tu!

Bagaimana hendak berhenti merokok secara natural?

secara mentalnya:
☑ Tetapkan tarikh untuk berhenti
☑ Yakin diri
☑ Buatkan nota peringatan
☑ Katakan pada diri anda “saya bukan perokok”
☑ Sentiasa berfikiran positif
☑ Dapatkan sokongan
☑ Gunakan terapi penganti nikotin
☑ Amalkan 12M untuk berhenti merokok

secara fizikalnya, gunakan TEKNIK 12 M.
Teknik 12M untuk berhenti merokok.

1. Melengah-lengahkan ==>Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
2. Menarik nafas panjang ==>Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
3. Minum air ==> Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
4. Menyibukkan diri ==>Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
5. Menjauhkan diri ==> Daripada orang yang merokok
6. Mengelakkan diri ==> Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
7. Mengunyah sesuatu ==> Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
8. Membasuh tangan selalu
9. Mandi dengan kerap
10. Meregangkan otot ==> Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
11. Meditasi
12. Memohon doa ==> Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

(sumber http://www.infosihat.gov.my/)

tu kalau anda boleh berhenti secara natural.
macam mana kalau mental dan fizikal anda tak cukup kuat untuk berhenti merokok?

VIVIX SHAKLEE BOLEH MEMBANTU.

tahukah anda, vivix shaklee membuatkan rokok berasa pahit?

Tips berhenti merokok 2

seronok customer ni dapat bantu mak dia berhenti merokok. 🙂

TIps berhenti merokok1
isteri ni pun happy dapat bantu suaminya berhenti merokok.. 🙂

Alhamdulillah…kita ikhtiar selagi boleh…
lagi info vivix di sini!

========
Untuk pembelian,
http://bit.ly/suplemenshaklee
Untuk pertanyaan,
✆ 016.595.2771
* FREE CONSULTATION SEUMUR HIDUP.

You may also like...

1 Response

  1. December 24, 2017

    […] Sekiranya anda merokok, segeralah berhenti merokok.  Anda mungkin memerlukan bantuan mental dan fizikal untuk melawan ketagihan nikotin. Program berhenti merokok, kumpulan sokongan, dan pusat kesihatan boleh menawarkan bantuan profesional. Kita semua tahu bahawa merokok ini tidak baik untuk kesihatan. Oleh itu, berusahalah untuk tinggalkan tabiat merokok anda. Anda mungkin juga boleh cuba di sini >> TIPS BERHENTI MEROKOK […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons