Ulser Peptik: Punca, Gejala, Komplikasi dan Rawatan.

ULSER PEPTIK

ULSER PEPTIK adalah luka kecil yang berlaku pada permukaan lapisan perut, duodenum (bahagian pertama dalam usus kecil) atau bahagian bawah esofagus. (lihat rajah di bawah).

Ia boleh berlaku pada 4 bahagian di dalam badan iaitu pada:
1. duodenum iaitu bahagian pertama usus kecil (dipanggil duodenal ulcer)
2. perut (dipanggil gastric ulcer)
3. esofagus (dipanggil esophageal ulcer)
4. Meckel’s diverticulum (dipanggil meckel’s diverticulum ulcer)

Sekiranya seseorang itu mempunyai keradangan pada lapisan perut (gastritis), tentu sahaja lebih mudah untuk terjadi luka di kawasan tersebut.

  • Gastrik/Gastritis: Punca, Gejala dan Komplikasi.
  • Suplemen Shaklee untuk Pesakit Gastrik

Punca-punca Ulser Peptik:

  • 1. punca utama adalah keradangan lapisan perut yangg disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori
  • 2. ubat anti keradangan bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs) – ubat ini menghalang tindakan cyclooxygenase 1 – enzim di dalam perut yang berperanan untuk menghasilkan prostaglandin dimana prostaglandin berfungsi sebagai pelindung pada lapisan perut
  • 3. merokok merupakan salah satu punca berlakunya penyakit ini tetapi merokok sahaja tidak begitu berisiko untuk mendapat ulser peptik melainkan seseorang itu juga menghidapi jangkitan Helicobacter pylori.
  • 4. diet yang mengandungi makanan pedas juga merupakan salah satu faktor
  • 5. gastrinomas (zollinger Ellison syndrome) adalah ketumbuhan atau tumor yamg jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan kewujudan ulser dan ulser tersebut amat sukar untuk dipulihkan.

Cyclooxygenase 1 adalah enzim di dalam perut yang berperanan untuk menghasilkan prostaglandin dimana prostaglandin berfungsi sebagai pelindung pada lapisan perut.


Gejala-gejala Ulser Peptik:

  • 1. sakit perut di bahagian atas perut (antara pusat dan tulang bawah dada) sama ada di bahagian tengah atau kiri dan boleh merebak ke belakang.
  • 2. perut terasa kembung dan penuh
  • 3. rasa loya dan muntah yang banyak
  • 4. hilang selera makan dan turun berat badan
  • 5. muntah darah dan mengeluarkan najis yg sangat hitam seperti warna hitam tar kerana ulser tersebut telah mengalami pendarahan.

Tanda-tanda awal Ulser Peptik adalah Gastrik.


Komplikasi Ulser Peptik:

  • 1. pendarahan ulser di dalam perut
  • 2. perforasiulser yang membengkak dan membesar di dalam perut boleh menembusi lapisan perut dan merebak ke bahagian lain seperti hati dan pankreas
  • 3. kanser perut – jangkitan Helicobacter pylori meningkatkan risiko untuk mendapat kanser perut 3 hingga 6 kali lebih daripada orang biasa.

Ujian Yang Akan Dijalankan Untuk mengenal Pasti Penyakit ini Adalah:

  • endoskopi dan barium study – akan dilakukan sekiranya pesakit tidak pulih selepas beberapa minggu rawatan. Prosedur endoskopi ialah memasukkan kamera ke dalam badan untuk melihat sistem pencernaan manakala barium study pula adalah prosedur di mana pesakit akan diberikan barium untuk diminum.

Barium adalah sejenis bahan yang mampu memperlihatkan saluran pemakanan dengan lebih jelas lagi pada x-ray

  • ujian darah – ujian darah akan dilakukan untuk melihat samada pesakit mengalami kekurangan darah atau tidak…kekurangan darah boleh berlaku akibat pendarahan dalaman yang merupakan komplikasi penyakit ini.
  • ujian pada najis – ini akan dilakukan pada pesakit yang mempunyai gejala dimana najis mereka berwarna hitam seperti warna hitam tar. Ujian ini adalah untuk menentukan samada terdapat darah pada najis mereka atau tidak
  • ujian utk mengenal pasti jangkitan bakteria Helicobacter pylori   – ujian ke atas nafas, darah dan juga najis pesakit perlu untuk mengenal pasti jangkitan bakteria ini. Jangkitan kuman ini juga boleh dipastikan melalui biopsi yg diambil pada perut pesakit semasa proses endoskopi.

Rawatan Bagi Ulser Peptik:

  • antasid – ia merupakan satu ubat yang mampu meneutralkan asid di dalam perut sekaligus mengurangkan kesakitan dengan cepat.
  • pesakit di bawah rawatan anti-keradangan bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs) selalunya akan diberikan prostaglandin analog (misoprostol) untuk mencegah daripada berlakunya ulser
  • antibiotik juga akan diberikan utk menghilangkan jangkitan Helicobacter pylori

Ikhtiar lain untuk sakit Ulser Peptik disamping rawatan doktor.


  Nasihat buat pesakit Ulser Peptik:
1. Kerap makan. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong.
2. Minum susu.
3.Jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh memburukkan lagi ulser seperti stress dan merokok.
4. Pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli dapat membantu melindungi lapisan perut.
5. Amalkan pengambilan probiotik (bakteria baik) dlm makanan.


COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.

Delivery seluruh Malaysia

Peluang pendapatan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami.

Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *