7 Sebab Kenapa Otot Kejang

Apa itu Kejang?

Kejang adalah situasi apabila otot kita ‘mengetat’ dengan tiba-tiba. Ia boleh berlaku dimana2 saja bahagian tubuh tak kira masa. Kadang2, kita sedang enak tidur pun boleh berlaku kekejangan. Ia memang menyakitkan! Ada beberapa sebab ia boleh terjadi. Tapi, ia juga boleh di elakkan.


7 Kemungkinan Boleh Berlaku Kekejangan.

pengedar shaklee chemor

1. Kurang minum air.

bilakah kali terakhir anda minum air? Kejang mungkin salah satu cara untuk tubuh beritahu yang ia mengalami dehidrasi! Selain kejang, tanda2 lain yang tubuh anda sedang mengalami dehidrasi adalah, sakit kepala, pening dan sembelit. Jadi, pastikan anda ambil cukup air sehari terutama ketika cuasa panas. Paling minima adalah 8 gelas sehari.

2. Suhu cuaca yang tinggi.

Badan kita akan berpeluh apabila kita melakukan aktiviti dan bersenam dalam keadaan yang panas . Dan hal ini boleh menyebabkan kita kejang kerana mineral penting yang disebut elektrolit – natrium, kalium dan kalsium – telah keluar bersama2 peluh tadi. Padahal, elektrolit inilah yang membantu se2 otot untuk berfungsi dengan baik. Jadi, sekiranya otot kita kekurangan ‘alat bantuan pergerakkan’, maka otot kita berpotensi untuk kejang.

3. Ubat-ubatan.

Statins adalah sejenis ubat untuk mengawal kolestrol dan diuretik dimana ubat ini membantu tubuh untuk menghilangkan cecair dalam tubuh. Kesan sampingannya, ia boleh menyebabkan kita kejang. Sekiranya anda mengalami kekejangan yang kerap selepas mengambil ubat ini, segeralah rujuk kepada doktor anda.

4. Peredaran darah yang lemah.

Peredaran darah yang lemah boleh menyebabkan kurang nya bekalan oksigen di tempat2 tertentu. Ini boleh menyebabkan berlakunya kekejangan yang teruk! Antara faktor boleh berlakunya peredaran darah yang lemah adalah, usia, kurang bergerak dan ‘claudication‘. Claudication ini adalah situasi dimana, arteri darah kita lebih sempit dari yang sepatutnya menyebabkan peredaran darah dalam tubuh menjadi lemah. Sekiranya anda kerap mengalami kekejangan, segeralah berjumpa dengan doktor anda. Mereka pasti dapat mengenal pasti punca anda kerap kekejangan.

5. Kitaran haid.

Sesetengah wanita mendapat kekejangan apabila datang haid. Hal ini berlaku kerana, apabila kita datang haid, ada hormon yang dikeluarkan untuk mengetatkan otot rahim bagi membantu mengeluarkan darah dan sisa. Secara tak langsung, hal ini juga boleh menyebabkan berlakunya kekejangan. Pain killer atau panadol biasanya boleh membantu tetapi jika ianya tidak dapat mengurangkan sakit kekejangan anda, segeralah berjumpa dengan doktor. Selain itu, ada juga suplemen yang dapat bantu mengurangkan period pain ini.

6. Pertumbuhan tumbesaran kanak-kanak.

Kanak-kanak sering mengalami kekejangan ketika mengalami peningkatan tumbesaran. Tetapi, ia juga mungkin berlaku kerana mereka terlalu aktif, atau terlebih sensitif terhadap rasa sakit. Kebiasaannya, mereka kerap mengalami kekejangan di kaki sehingga boleh membangunkan mereka dari tidur yang nyenyak. Untuk mengurangkan sedikit rasa kejang itu, kita boleh sapukan minyak panas atau krim untuk otot, atau ada petua yang pernah admin cuba iaitu mengikat ketat-ketat dibahagian atas betis dengan menggunakan kain. Jika kesakitan itu berpanjangan dan kerap, segeralah bawa anak kita berjumpa doktor.

7. Senaman.

Senaman memang penting dan sangat bagus untuk menguatkan otot. Tetapi, sekiranya kita melalukan senaman yang banyak dalam satu masa ataupun kita tak pernah bersenam dan tiba-tiba kita bersenam dengan sungguh2, ini boleh menyebabkan kekejangan otot. Sebaiknya, bersenam lah berpada-pada mengikut kemampuan kita dan lakukan regangan atau panaskan badan dahulu sebelum memulakan senaman.


Apa perlu dilakukan sekiranya mengalami kekejangan?

Kejang biasanya boleh hilang dengan sendirinya. Tetapi, kita boleh ikhtiar beberapa perkara seandainya ia berlaku. Contohnya, sekiranya kita sedang bersenam dan mengalami kekejangan, segeralah berhenti. Letakkan minyak panas di kawasan kejang, urut seketika atau mandi air suam untuk bantu melancarkan peredaran darah. Selain itu, ais dan ibuprofen juga dapat membantu meredakan kawasan kejang.


Mengapa regangan sebelum bersenam dapat membantu kurangkan risiko kekejangan ketika bersenam?

Otot kita ni terdiri daripada tendan serat yang boleh mengecut dan meregang apabila tubuh kita melakukan sesuatu. Apabila kita sering meregangkan otot kita, contoh sebelum melakukan senaman, otot ini dapat melakukan kerja2 dengan lebih mudah. Seterusnya dapat mengurangkan risiko kita kekejangan.

Bagaimana pemakanan dapat bantu kurangkan kekejangan?

Buah buahan dan sayur sayuran yang berwarna warni ini kaya dengan mineral yang dipanggil elektrolit. Elektrolit inilah yang dapat membantu menjaga otot kita sekaligus mengurangkan kita mendapat kekejangan otot. Sayuran hijau dan pisang adalah antara yang terbaik. Terdapat juga minuman eletrolit yang kita boleh amalkan sekiranya kita kerap melakukan senaman.


Bilakah kita perlu jumpa doktor?

Kekajangan otot bukanlah satu penyakit yang serius. Tetapi, sekiranya ia kerap berlaku dan anda tidak tahu apakah puncanya, segeralah dapatkan rawatan dari doktor untuk mencari punca. Ianya mungkin boleh menjadi tanda penyakit lain seperti thyroid, sirosis hati atau ‘pengecilan’ arteri.

Jalanilah gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Ianya adalah satu ikhtiar untuk kita kekalkan kesihatan tubuh kita, insyaAllah.


sumber rujukan: www.webmd.com


 COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.
 Delivery seluruh Malaysia
 Peluang pendapatan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami.
.
?Sebarang pertanyaan dan order: www.wasap.my/60165952771

pengedar shaklee chemor

You may also like...

1 Response

  1. October 20, 2020

    […] 7 Sebab Kenapa Otot Kejang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons