8 Manfaat Polifenol untuk Kesihatan.
Apa itu polifenol?
Polifenol adalah zat kimia yang semulajadi nya terdapat pada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Ianya berfungsi untuk melindungi tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan dari bahaya. Apabila ia memasuki tubuh manusia, ia bersifat anti oksidan yang sangat kuat untuk melawan radikal-radikal bebas yang memasuki tubuh kita.
Polifenol memberi warna pada tumbuh-tumbuhan dan buat-buahan. Antara buah-buahan yang kaya dengan polifenol ini adalah anggur, epal, pear, ceri dan buah beri dimana kandungannya adalah 200-300mg per 100g buah tersebut.
Jumlah itu sangat cukup untuk melindungi tubuh dari ancaman radikal bebas. Disebabkan manfaat polifenol itu dapat melindungi dari ancaman radikal bebas, ianya adalah satu sebab kenapa kita wajib ambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam setiap diet kita.
______________________________________________________________________________
8 Manfaat Polifenol untuk Kesihatan.
______________________________________________________________________________
1. Kulit sihat
Polifenol bermanfaat untuk melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas. Selain itu, manfaat polifenol untuk kulit adalah, dapat meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan.
2. Peredaran Darah Yang Sihat
Polifenol bermanfaat untuk mengurangkan keradangan kronik yang menjadi punca utama sakit jantung. Ia juga dapat menurunkan tekanan darah dan tahap kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan tahap kolestrol baik (HDL).
3. Detoks yang Berkesan
Pengambilan polifenol setiap hari dapat meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal stress dalaman badan, mengurangkan kemerahan dan pembengkakkan serta mengurangkan kematian sel dalam hati. Keadaan ini menyerupai kesan positif ketika kita berpuasa atau ketika diet rendah kalori sekaligus dapat membantu mengurangkan berat badan.
4. Mengawal Tahap Gula Dalam Darah
Polifenol memberikan manfaat kepada bacaan gula dalam darah dengan menurunkan tahap gula darah semasa berpuasa, meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekatan insulin.
5. Fungsi Otak Yang Sihat
Pengambilan polifenol setiap hari secara konsisten bermanfaat untuk meningkatkan aliran darah ke otak sekaligus meningkatkan ingatan dan daya tumpuan. Oleh itu, pengambilan jus anggur asli setiap hari tanpa gula putih selama 12 minggu dapat meningkatkan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental ringan.
6. Meningkatkan Tenaga dan Kekuatan Otot
Polifenol dapat membantu mempercepatkan penghasilan mitokondria, iaitu penjana utama tenaga badan anda. Ia juga dapat meningkatkan jisim otot dan penghasilan semula otot dikalangan individu yang berusia, terutamanya apabila diamalkan bersama dengan senaman.
7. Perkembangan Sel Yang Sihat
Polifenol adalah salah satu daripada sebatian untuk mengurangkan risiko kanser kerana ia dipercayai dapat menghalang pertumbuhan dan perkembangan pelbagai sel-sel kanser.
Baca: 8 Ramuan Utama ResV serta Khasiatnya.
8. Memelihara dan Menyokong Kesihatan Sendi
Manfaat Polifenol untuk sendi adalah, ianya dapat membantu mengelakkan penipisan kolagen dan meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen pada sendi.

______________________________________________________________________________
Kajian saintifik menunjukkan bahawa amalan diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan untuk jangka masa yang panjang dapat memberikan perlindungan terhadap risiko kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit kencing manis, osteoporosis dan penyakit neurodegeneratif.
______________________________________________________________________________
Ketahui produk Shaklee yang kaya dengan polifenol : ResV Shaklee – Produk terkini Shaklee
______________________________________________________________________________
Untuk info lanjut, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp.

4 Responses
[…] Wajib baca: 8 Manfaat Polifenol untuk Kesihatan […]
[…] Polifenol – Mengawal Tahap Gula Dalam Darah […]
[…] Polifenol – Mengawal Tahap Gula Dalam Darah […]
[…] 8 Manfaat Polifenol untuk Kesihatan. […]