9 Kesan Stress Pada Diri.

Stress adalah satu perubahan situasi yang memerlukan badan anda untuk bertindak balas dan menyesuaikan diri terhadap perubahan situasi tersebut. Bagaimana tubuh bertindak balas terhadap perubahan ini? Mungkin secara fizikal, mental dan juga emosi.

Stress ini sebenarnya normal dalam kehidupan kita. Saya percaya semua orang berhadapan dengan stress setiap hari. Banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup kita dan di sekeliling kita dan banyak perkara yang memberi tekanan pada diri kita. Yang membezakan stress itu adalah bagaimana seseorang itu hadapi stress mereka. Sama ada kita dapat ‘positif’kan stress kita atau pun terus berasa tertekan dengan stress yang kita hadapi.


Bagaimana Stress Beri Kesan Pada Diri Kita?

Tubuh manusia telah dicipta unik oleh Yang Maha Pencipta untuk mengalami tekanan dan bertindak balas terhadapnya. Tekanan boleh menjadi positif (“eustress”) – seperti dinaikkan pangkat atau diberi tanggungjawab yang lebih besar. Hal ini akan membuatkan kita berwaspada dan bersedia untuk menghadapi tekanan yang bakal kita hadapi.

Tekanan menjadi negatif (“distress”) apabila seseorang menghadapi tekanan secara berterusan tanpa ada ‘kelegaan’ ketika sedang berhadapan dengan tekanan tersebut. Akibatnya, orang itu mungkin akan menjadi lebih tertekan dan akhirnya menjadi depression.

baca: 9 Tanda Mental Penat dan ‘Breakdown’.


9 Kesan Stress Pada Diri.

Kesan Stress Pada Diri, pengedar shaklee chemor, vitally vitamin, baizura bahar

Kajian menunjukkan bahawa, tekanan yang berterusan boleh membawa atau memburukkan gejala atau penyakit tertentu. Contohnya:

  • Sakit dada
  • Sakit kepala
  • Tekanan darah naik
  • Hormon tak stabil
  • Kulit breakdown
  • Sukar tidur
  • Depression
  • Anxiety
  • Kanser

Kesan stress boleh menjadi lebih merbahaya apabila mereka yang sedang stress menggunakan alkohol, tembakau, atau dadah untuk mengurangkan tekanan mereka.

Sebenarnya, benda-benda tersebut tidak membantu pun kita berasa lebih tenang. Tetapi, ianya boleh memudaratkan diri kita dan mungkin menjadikan tubuh kita lebih banyak masalah. Jadi, sebelum anda pilih untuk mengambil benda-benda tadi, sila pertimbangkan sebelum anda lagi merosakkan diri anda.

baca: Benarkan Vitamin B Dapat Bantu Kurangkan Stress?


Potongan harga sehingga 25% serta peluang pendapatan setiap bulan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami. KLIK SINI : JOIN NOW!

COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.

Delivery seluruh Malaysia

Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons