9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best
Kami sertai komuniti Bisnes Shaklee ini pada tahun 2012. Bermula dengan Set Menyusu Shaklee dan Set Kurus Shaklee, zura keluarkan sedikit modal untuk cuba sendiri produk-produk Shaklee dan rasai sendiri keberkesanannya. Ternyata kedua-dua set shaklee tersebut berjaya membantu zura peroleh susu ibu yang lebih banyak dan cepat kempis perut zura selepas 9 bulan melahirkan. Tanpa buang masa, zura terus berkongsi kebaikan produk-produk Shaklee serta Shaklee effects yang zura dapat kepada kawan-kawan di facebook. Begitu lah permulaannya zura memulakan bisnes shaklee ini.

Tapi, kenapa zura boleh jatuh hati dengan bisnes Shaklee ini? Padahal, zura ni bukan lah background medical ataupun health wellness ke, nutrition ke, farmasi ke atau yang sewaktu dengannya. Zura ni background architecture. Hehe… Zura lebih kepada designing, creating, art, drawing dll. Tapi kenapa zura boleh suka pada bisnes ini, in fact sampai sekarang hati zura sangat berat untuk tinggalkan bisnes ini.
9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best.

Komuniti yang ‘kaya dengan ilmu percuma’
Lepas je zura setuju untuk sertai komuniti shaklee ini, upline zura masukkan zura dalam satu secret group upline-upline kami yang dah pangkat master (pangkat tertinggi dalam shaklee). Bila zura masuk je secret group tu, segala macam ilmu mereka kongsi. Ilmu bisnes (of course), amalan rohani, ilmu produk, ada seminar, ada kuiz, ada hadiah, ada gathering, potluck, kelas percuma dan macam-macam lagi. Ini lah sebab utama zura suka sangat komuniti shaklee ini.

Bina Bisnes bersama keluarga
Sebagai seorang ibu yang ada anak-anak kecil sewaktu zura sertai komuniti shaklee ini, zura tak dapat nak tinggalkan anak-anak pada orang lain disebabkan anak-anak zura, opah diorang yang jaga. Kalau ada apa-apa event shaklee ataupun kelas shaklee, anak-anak dibenarkan dibawa bersama. Even suami pun boleh join juga. Atas sebab inilah yang buat zura boleh teruskan bisnes ini. Family tetap dapat bersama walaupun zura sedang buat bisnes

Pasangan berkongsi ID Shaklee dengan kita
Dalam komuniti shaklee, seandainya isteri yang mendaftarkan diri sebagai ahli shaklee, suami juga automatically jadi ahli shaklee atas nombor ID yang sama. Begitulah sebaliknya jika suami yang daftar ahli. Jadinya, setiap award yang kita dapat, pasangan kita juga dapat award / pengiktirafan yang sama. Even kalau kita naik pangkat, pasangan kita juga terus entittle pangkat yang sama. Trip percuma shaklee juga pasangan kita boleh sertai (t&c applied) tanpa apa-apa tambahan bayaran. Pasangan kita dapat ‘rewards’ yang sama sebijik macam kita dapat. Itulah untungnya bisnes shaklee ini.

Staff Shaklee yang sangat supportive
zura ingat lagi masa zura mula-mula jalankan bisnes ini. Kat Ipoh ni ada satu cawangan shaklee. Jadinya, mudah untuk zura dapatkan produk shaklee dengan segera. Zura akan singgah Shaklee Ipoh Branch tiap kali lepas kerja kalau ada order dari customer. Untungnya cawangan shaklee tu kat area office zura je. Time tu zura ‘orang baru’ lah yang kerap datang shaklee ipoh tu. Sampai satu masa, staff shaklee yang bernama Eunice tolong explain tentang marketing plan shaklee. Berapa uv (point) zura kene dapatkan untuk certain amoun cash bonus, macam mana zura nak rank up supervisor (rank pertama dalam shaklee) dan lain-lain lagi. Baik sangat staff shaklee tu. Zura takkan lupa. 🙂

Pelbagai hadiah menarik dari upline
siapa tak suka hadiah kan? hehe.. actually, bukan lah upline saja-saja bagi gift. Tapi, biasanya bila kita dan team kita perform, insyaAllah adalah sikit hadiah sebagai tanda penghargaan atas usaha kita. Kita dah penat berusaha, lepas tu kita dapat hadiah, eh siapa tak happy. hehe… tapi, kalau kita tak perform dari segi result pun, (maybe kita dah berusaha sungguh-sungguh tapi Allah dah tetapkan belum rezeki kita), insyaAllah upline tetap akan support kita dan bantu kita.


Ukhuwah yang sangat best
ada sesetengah downline zura yang bukan kalangan kawan sekolah atau kawan uni zura pun. Kami kenal 100% asbab shaklee. Tapi, alhamdulillah ukhuwah yang terbina sangat mesra dan tak kekok. Kadang-kadang kami buat gathering, potluck, seminar, kelas dan lain-lain bersama-sama. Atas ukhuwah ini lah kami jadi tak kedekut ilmu walaupun secara mata kasarnya kami adalah pesaing antara satu sama lain. Kami seharusnya tidak berkongsi marketing strategi kami mahupun ilmu2 bisnes yang kami dapat dari luar komuniti shaklee. Tapi, bila berada dalam komuniti shaklee ni, zura dapat rasa kami ikhlas berkongsi dan membantu antara satu sama lain untuk sama-sama berjaya dalam bisnes ini.

Time freedom & work freedom
Ini lah tujuan utama zura buat bisnes Shaklee ini. Zura nakkan time freedom. Zura tak perlu terikat dengan siapa-siapa untuk zura ‘punch card’. Zura nak jadi boss untuk diri sendiri. Dan itulah yang komuniti shaklee ini apply. Bila kita dah ada ID Shaklee sendiri dan kita ada team (downline) kita sendiri, kita boleh lead organisasi kita sendiri dengan pelbagai cara asalkan kita tidak langgar guideline p&r shaklee.

Bersaing secara sihat
secara logiknya, bila kita buat bisnes yang sama dengan orang lain, kita cenderung untuk bersaing dengan orang itu. Tapi, tidak di dalam komuniti shaklee ini. In fact, sesama kami boleh mengajar teknik atau apa-apa ilmu yang kita tahu dan expert dengan ahli shaklee yang lain. Even kalau kami tak de produk di tangan, ahli lain berbesar hati untuk pinjam kan produk dia. Begitu lah ‘besarnya hati’ ahli-ahli shaklee ini.

Amalan rohani semakin meningkat
Dalam komuniti shaklee yang zura sertai ini, upline zura sering mengingatkan tentang solat awal waktu, berzikir, selawat, sedeqah, zakat, baca quran dan sebagainya. Bila kita buat bisnes ni, rezeki kita tak tetap setiap bulan seperti bekerja makan gaji. Yang beri kita gaji tiap bulan adalah Allah. Tahap pergantungan kita pada Allah itu tersangat lah tinggi. Dengan asbab itu lah sangat penting untuk kita menjaga amalan rohani kita. Dan inilah yang sering diingatkan oleh upline-upline kami dalam komuniti shaklee kami ini.

Dan last sekali, pelbagai kelas-kelas produk atau health wellness yang dianjurkan oleh komuniti shaklee ini. Ada yang percuma, ada yang berbayar. Ada online, ada offline juga. Zura percaya, bila kita betul-betul ‘kenal’ produk kita dan kita ‘jatuh cinta’ dengan nya, kita akan ada trust pada produk kita. Bila kita trust pada produk kita, of course kita akan consume. Dan bila kita consume secara konsisten, insyaAllah kita akan dapat shaklee effects yang sangat baik. Dan akhirnya, kita jadi excited nak berkongsi dengan orang lain tentang produk-produk kita. Bak kata orang, dari mata turun ke hati. Bila dah jatuh hati, sukarnya nak lepaskan ia pergi. haa gitu… hehe..
Actually, kalau nak senarai, banyak lagi yang buat zura suka berada dalam komuniti shaklee ini. Hati ini memang sangat berat untuk lepaskan bisnes ini walaupun ketika ini bisnes zura berada dalam fasa yang sangat mencabar.
Bukan salah bisnes ini tapi salah zura sendiri yang tak urus masa sebaiknya di antara uruskan rumah tangga, anak-anak dan bisnes. Sejak anak-anak masuk sekolah rendah, zura tak dapat tumpu sepenuh perhatian kepada bisnes. Dengan sebab itu lah zura sertai Projek Blog Mega anjuran Master Norita (super super upline zura) ini. Ini sedikit review tentang Projek Blog Mega tu >> Review Menyertai Blog Mega Shaklee 1.0.
Ini antara review dari teammate yang lain:
Blog Mega Shaklee 1.0 Best !!!
Review Dan Feedback Blog Mega Shaklee 1.0 Dan Kenapa Nak Join Lagi Blog Mega Shaklee 2.0
#shakleethrive23 #shakleetriump23 #blogmegashaklee #baizurabahar #pengedarShakleeChemor #vitallyvitamin #viivixOffer
Potongan harga sehingga 25% serta peluang pendapatan setiap bulan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami. KLIK SINI : JOIN NOW!
COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.
Delivery seluruh Malaysia
Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

1 Response
[…] Baca juga: 9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best […]