Alzheimer: Punca, Gejala, Diagnosis dan Rawatan.

Apa itu Alzheimer?

Alzheimer adalah gangguan otak neurodegeneratif secara progresif. Ia juga jenis demensia yang paling biasa di kalangan orang tua. Atau dalam bahasa di kalangan orang kita, ia disebut Nyanyuk.

Apabila seseorang mengidap Alzheimer, apa yang berlaku adalah kemusnahan dan kematian sel saraf yang boleh membawa kepada hilang ingatan dan perubahan personaliti. Mereka juga sering kelihatan ‘lost’ dengan kehidupan harian mereka dan tidak mampu untuk selesaikan tugas yang biasa mereka lakukan sekalipun tugas itu sangat mudah.


Apakah punca-punca Alzheimer?

Para saintis tidak tahu dengan tepat apa yang menyebabkan Alzheimer, tetapi penyelidikan menunjukkan bahawa puncanya adalah:

  • genetik
  • persekitaran
  • gaya hidup.

Berdasarkan penyelidikan mereka, semasa peringkat awal penyakit terdapat beberapa gejala yang jelas – perubahan fizikal berlaku di dalam otak di mana ‘amyloid plaque’ telah berubah fizikal dan ‘neurofibrillary tangles’ yang kusut. Paling mengejutkan adalah, ia mungkin berlaku seawal usia 20 tahun lagi – tanpa kita sedar!

Kedua-dua ‘amyloid plaque’ dan ‘neurofibrillary tangles’ adalah pengumpulan protein yang biasa berlaku ketika proses penuaan, tetapi pada mereka yang mengalami demensia jenis Alzheimer, jumlah protein yang terkumpul ini jauh lebih besar.

Apabila keadaan di atas terjadi, Neuron yang pernah sihat di dalam otak mula berfungsi dengan kurang cekap. Lama kelamaan, neuron tersebut kehilangan keupayaan untuk berfungsi dan berkomunikasi antara satu sama lain, dan akhirnya mereka mati dan otak mengecut. Kerosakan juga merebak ke hippocampus otak, yang merupakan kawasan utama di mana ingatan baru terbentuk.

Para saintis kini sedang mengkaji kaitan antara faktor usia dan perubahan dalam otak yang boleh membahayakan neuron; dan akhirnya menyumbang kepada kerosakan Alzheimer. Perubahan yang disebabkan faktor usia ini termasuklah:

  • pengecutan bahagian otak tertentu,
  • keradangan,
  • penghasilan radikal bebas yang tidak stabil,
  • pecahan pengeluaran tenaga mitokondria dalam sel.


Genetik juga memainkan peranan. Banyak kajian telah mengaitkan gen apolipoprotein E (APOE) dengan lewat berlakunya Alzheimer. Gen ini mempunyai beberapa bentuk termasuk APOE ε4, yang menunjukkan ia dapat meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit ini.

Kajian juga menunjukkan mungkin terdapat perkaitan antara kemerosotan kognitif, keadaan vaskular dan metabolik seperti penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti. Kesimpulannya, punca sebenar-benarnya Alzheimer ini masih dalam penyelidikan lagi.


Gejala-gejala Alzheimer termasuk:

  • Kehilangan ingatan yang mengganggu kehidupan seharian
  • Cabaran dalam merancang atau menyelesaikan masalah
  • Kesukaran menyelesaikan tugas biasa di rumah, di tempat kerja atau di waktu lapang
  • Kekeliruan dengan masa atau tempat, mengembara, kebimbangan, tidak dapat tidur
  • Masalah memahami imej visual dan hubungan ruang
  • Masalah baru dengan perkataan dalam bercakap atau menulis
  • Tersalah letak perkara dan kehilangan keupayaan untuk menjejaki semula langkah
  • Penghakiman yang berkurangan atau lemah
  • Penarikan diri daripada kerja atau aktiviti sosial
  • Perubahan mood dan personaliti
  • Nota: Menghadapi masalah dengan ingatan tidak semestinya menunjukkan permulaan Alzheimer. Beberapa kemerosotan kognitif dan kehilangan ingatan adalah bahagian semula jadi dari penuaan. Terdapat beberapa isu kesihatan yang boleh menjejaskan ingatan dan pemikiran, termasuk kemurungan, interaksi dadah, masalah tiroid, penggunaan alkohol yang berlebihan atau kekurangan vitamin tertentu.

Menghadapi masalah dengan ingatan tidak semestinya petanda permulaan Alzheimer. Kemerosotan kognitif dan kehilangan ingatan adalah antara simptom semula jadi penuaan. Terdapat beberapa isu kesihatan yang boleh menjejaskan ingatan dan pemikiran, antaranya adalah kemurungan, interaksi dadah, masalah tiroid, penggunaan alkohol yang berlebihan atau kekurangan vitamin tertentu.

Kaedah Semulajadi Untuk Bantu Kurangkan Risiko Mendapat Alzheimer.


Kajian menunjukkan pilihan gaya hidup tertentu boleh membantu mengurangkan risiko penurunan kognitif dan penyakit Alzheimer termasuk:

  • Pembelajaran sepanjang hayat dan penglibatan sosial.
  • Pekerjaan yang mencabar.
  • Aktiviti riadah yang mencabar minda seperti membaca, mempelajari bahasa lain, bermain permainan yang menguji minda atau bermain alat muzik.
  • Interaksi sosial yang kerap.
  • Pengambilan diet berkhasiat di mana kebanyakan kalori terdiri daripada sayur-sayuran, bersama-sama dengan pengambilan lemak tepu/trans yang sangat sedikit.
  • Aktiviti fizikal yang kerap juga telah ditunjukkan untuk mencegah kemerosotan kognitif dan membantu orang yang sudah menghidap Alzheimer.
  • Mengekalkan paras gula darah yang sihat juga dianggap penting untuk mencegah Alzheimer.

Antara vitamin-vitamin yang penting untuk bantu kurangkan risiko mendapat Alzheimer adalah:

(sumber: https://healthresource.shaklee.com/)

✔ Antioksidan


Berdasarkan kajian pada tahun 2022 yang diterbitkan dalam JAMA, pengambilan antioksidan (makanan yang tinggi vitamin C dan vitamin E) sepanjang hayat dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer ini sekitar 18%. Selain daripada diet atau makanan yang tinggi vitamin C dan vitamin E, diet yang tinggi polifenol juga dapat membantu mengurangkan risiko mendapat Alzheimer.

Kajian tambahan telah menunjukkan keputusan yang berbeza-beza.

  • Kajian 1998 terhadap 633 warga emas (umur 65 tahun keatas) yang diikuti selama purata 4.3 tahun menunjukkan pengurangan mendadak dalam Alzheimer bagi orang yang menambah vitamin E dan C.
  • Kajian 2003 ke atas 980 orang dan kajian 2008 ke atas 2969 peserta kedua-duanya mendapati tiada hubungan antara pengguna suplemen dan bukan pengguna.
  • Kajian 2004 terhadap 4740 responden mengaitkan suplemen dengan vitamin E dan C dengan nisbah kemungkinan berkurangan sebanyak 22 peratus.

Kesemua laluan intervensi ini secara amnya pendek (3-5 tahun) dan telah mengkaji populasi warga emas, adalah menarik untuk mengkaji penggunaan antioksidan sepanjang hayat dan hubungannya dengan Alzheimer.

Baca juga: PETUA SEMULAJADI: 10 JENIS MAKANAN UNTUK KULIT WAJAH BERSIH


✔ Vitamin B


Vitamin B adalah faktor yang penting juga dalam pelbagai tindak balas saraf dan memainkan peranan yang tinggi dalam kesihatan saraf. Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan beberapa komplikasi neurologi (saraf).

Vitamin B12 dan Asid Folik: kedua-dua vitamin ini sering diuji bersama kerana keupayaannya untuk menurunkan tahaphomosistein.

Kajian Cochrane 2003 terhadap 8 percubaan terkawal secara rawak menunjukkan; orang yang mempunyai tahap homosistein tinggi yang dirawat dengan 800 mcg/hari asid folik, fungsi global, penyimpanan memori dan kelajuan pemprosesan maklumat telah meningkat.

Baca juga: Vitamin B Complex: keistimewaan, fungsi, manfaat, dan siapa memerlukan


✔ CoQ10


Koenzim Q10 (CoQ10) adalah antioksidan dan ia merupakan komponen rantai pengangkutan elektron mitokondria (pengeluaran tenaga).

Tekanan oksidatif dan pengurangan glutation yang terhasil telah dikaitkan dengan pelbagai gangguan neurodegeneratif (Alzheimer, Parkinson…) dan kurangnya CoQ10 juga telah dipastikan ianya dapat mengganggu neurodegeneratif.


✔ Minyak ikan


Otak adalah organ yang kaya dengan lipid. Kedua-dua DHA dan EPA boleh membentuk sebahagian besar daripada komposisi otak normal dan memainkan peranan dalam mengurangkan keradangan.

Kajian intervens menunjukkan EPA/DHA membantu mereka yang mengalami gangguan kognitif ringan, tetapi mereka yang telah pun menghidap Alzheimer sebahagian besarnya tidak berjaya.

Manakala kajian pada 2014 menunjukkan bahawa suplemen minyak ikan telah dikaitkan dengan pemeliharaan kognisi dan otak, tanpa ada tanda-tanda penyakit, (kecuali pada peserta APOE ε4-negatif).

Ini menunjukkan, jelas sekali Minyak Ikan adalah yang terbaik untuk mencegah Alzheimer jika diambil dengan lebih awal, sama ada dalam bentuk suplemen ataupun diet yang kaya dengan minyak ikan.

kredit: stylecraze.com


✔ Ginseng

Ginseng biasa digunakan dalam perubatan Cina sejak dahulu lagi. Salah satu kebaikan ginseng adalah untuk kesihatan mental dimana ianya dapat bantu melambatkan penuaan mental. Dan salah satu kesan dari penuaan mental adalah alzheimer.


Kesimpulannya, Alzheimer adalah jenis dementia yang paling biasa. Ia adalah satu penyakit progresif yang bermula dengan kehilangan ingatan ringan dan mungkin membawa kepada kehilangan keupayaan untuk meneruskan perbualan dan bertindak balas terhadap persekitaran jika dibiarkan berlarutan. Dengan menjaga pemakanan, anda berpeluang untuk mengurangkan risiko dihidapi Alzheimer.

baca juga: 9 Tanda Mental Penat dan ‘Breakdown’.


Potongan harga sehingga 25% serta peluang pendapatan setiap bulan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami. KLIK SINI : JOIN NOW!

COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.

Delivery seluruh Malaysia

Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

klik di sini!

You may also like...

1 Response

  1. August 9, 2023

    […] Alzheimer: Punca, Gejala, Diagnosis dan Rawatan. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons