Apa itu Sistem Imun Tubuh.

Apakah sistem imun?

Sistem imun adalah sistem yang melindungi tubuh daripada penceroboh luar. Penceroboh luar ini termasuk kuman seperti bakteria, virus, dan kulat, dan toksin (bahan kimia yang dibuat oleh mikrob). Sistem imun terdiri daripada organ, sel, dan protein yang berbeza yang bekerja bersama-sama.

Mikroorganisma atau mikrob ialah organisma seni, biasanya terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. Kajian tentang mikroorganisma dikenali sebagai mikrobiologi, satu bidang yang bermula dengan penemuan mikroorganisma oleh Anton van Leeuwenhoek pada 1675 dengan menggunakan mikroskop reka bentuk sendiri. -wikipedia


3 Peringkat Tahap Perlindungan Imun Bekerja.

Peringkat Pertama.

Peringkat pertama pertahanan adalah kulit, mukus, air mata, air liur, peluh dan asid perut anda yang bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman serta menghalang mereka daripada memasuki badan anda.

Peringkat Kedua.

Apabila kuman berjaya melalui halangan pertama, mereka akan menemui pelbagai jenis sel-sel imun, termasuk sel darah putih dan sel-sel pembunuh semula jadi yang bertindak sebagai lapisan kedua pertahanan anda. Protein isyarat imun yang dipanggil Interferon memainkan peranan yang penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindak balas imun untuk melindungi anda daripada serangan kuman.

Peringkat Ketiga.

Peringkat pertahanan ini bertindak balas secara khusus terhadap jenis kuman tertentu dan mengingatinya. Sekiranya ia menyerang badan anda lagi, ia akan bertindak balas dengan sewajarnya. Tindak balas imun biasanya menyebabkan kerosakan yang serius kepada sel-sel anda. Untuk pulih dengan sendiri, sel-sel anda memerlukan Resveratrol dan Polifenol untuk pemulihan sel yang lebih cepat.


SIstem Imun Anda adalah Wira Anda!

Sistem imun anda sangat penting. Ia merupakan tentera peribadi yang mengawal badan anda 24/7 untuk menentang serangan dari penyerang iaitu bakteria, kulat, kuman, dan virus. Ia juga bertindak sebagai satu pertahanan terhadap jangkitan dan pertumbuhan sel tidak normal.

Selain melindungi anda dari jangkitan, sistem imun juga boleh mengurangkan keterukan jangkitan. Keupayaan sistem imun anda untuk mengingati serangan penyakit yang terdahulu membuatkan anda lebih bersedia untuk berlawan dengan jangkitan-jangkitan serupa pada masa akan datang, membenarkan anda sembuh lebih cepat dan mencegah daripada menghasilkan isi-isu kesihatan yang lebih serius. Sistem imun yang lemah akan membuatkan anda lebih mudah dipengaruhi kepada beberapa serangan yang boleh menimbulkan huru-hara di dalam badan.

Adakah anda tahu? Terdapat 3 tahap pertahanan dalam sistem imun anda. Apa membentuk keimunan anda bukanlah satu entiti tunggal, tetapi satu sistem organ, sel dan tisu yang hadir di seluruh anggota badan anda. Adalah penting untuk memupuk semua 3 tahap perlindungan imun untuk membuatkan badan anda kuat dan sihat.

Untuk memaksimumkan perlindungan badan anda dari bahaya virus dan bakteria, anda disarankan untuk:

  • mengamalkan gaya hidup sihat
  • menguruskan tekanan yang baik
  • mengamalkan diet yang berkhasiat
  • menyokong diet dengan makanan tambahan

dalam menjaga sistem imun anda.


Nutrien Yang Dapat Mengaktikan Sistem Imun Anda.

Protein.

  • Menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki badan.

Vitamin & Mineral.

  • Membekalkan nutrien lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun.

Omega.

  • Terbukti dapat membantu untuk mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan, dan gerak balas imun yang terlalu aktif.

Biji labu, biji Plantago, Bunga Safflamoer, Honeysuckle Jepun.

  • Secara semulajadi meningkatkan tahap interferon dan menyediakan sokongan imun pada peringkat sel.

Karotenoid.

  • Meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan kegiatan sel darah putih.

Bawang putih.

  • Antibiotik semulajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan pengeluaran sel darah putih.

Vitamin C.

  • Merupakan otot bagi sistem imun. Ia menggalakkan fungsi sel-sel darah putih seperti mencari, memerangkap dan memusnahkan bendasing.

Resveratrol & Polifenol.

  • Meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semulajadi semasa membaiki dan melingdungi sel-sel DNA.

Potongan harga sehingga 25% serta peluang pendapatan setiap bulan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami. KLIK SINI : JOIN NOW!

COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.

Delivery seluruh Malaysia

Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

You may also like...

1 Response

  1. February 26, 2022

    […] info penuh tentang Imun >> APA ITU SISTEM IMUN […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons