Gaya Hidup Sihat: Amalan Pemakanan Yang Sihat Menurut Islam.

Bagi meningkatkan tahap kesihatan kita dan mengurangkan risiko mendapat penyakit terutamanya penyakit-penyakit kronik, kita perlu menjaga pemakanan kita serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Walaupun ramai yang dah mula sedar tentang penting nya menjaga pemakanan harian kita dan mengamalkan gaya hidup sihat, masih ramai juga yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat.

Apabila kita tidak menjaga pemakanan kita, kita berkemungkinan akan kekurangan nutrien yang tubuh kita perlukan setiap hari. Akibatnya, tahap kesihatan kita akan menurun, sistem imun semakin lemah, mudah stress dan tidak bertenaga.

Oleh itu, atur lah pemakanan kita seperti berikut:

  1. Makan pagi (Sarapan) – Makan makanan yang berkalori tinggi seperti makanan yang bersumberkan protein kerana ianya penting untuk membekalkan tenaga bagi melakukan pekerjaan pada hari tersebut.
  2. Makan tengah hari – kurangkan kuantiti makanan karbohidrat dan imbangkan dengan sayur sayuran dan buah buahan.
  3. Makan malam – makan dengan kuantiti makanan yang sedikit.

Selain dari makanan, tubuh kita juga perlukan air yang cukup untuk keharmonian tubuh serta membantu sel-sel tubuh berfungsi dengan baik.

Kajian mendapati, air adalah komponen terbesar dalam semua makhluk hidup dimana tubuh manusia sendiri mengandungi 70% air. Jika tubuh kita kekurangan air, banyak penyakit boleh berlaku dan seterusnya menjejaskan tahap kesihatan manusia.


Amalan Pemakanan Yang Sihat Menurut Islam.

1.

Yogurt. Segelas yogurt mengandungi 700 mg kalsium yang membantu menguatkan tulang. Bakteria probiotik di dalam yogurt dapat menjaga keseimbangan bakteria dalam saluran pencernaan. Ini dapat mencegah jangkitan bakteria dan kulat di dalam saluran pencernaan.

2.

Strawberry dan Anggur. Antioksida dalam strawberry dan anggur dapat mengurangkan radikal bebas di dalam badan. Radikal bebas adalah unpair electrone yang sering merosakkan sel, dapat mempercepatkan proses penuaan dan dapat menyebabkan penyakit seperti arthritis, kencing manis, hati berlemak dan juga kanser.

3.

Madu. Madu bersifat higroskopis iaitu dapat menyerap kotoran seperti nanah. Antibiotik juga tinggi di dalam madu di mana ianya membantu membunuh kuman dalam luka.

Madu juga mengandungi pelbagai enzim yang bermanfaat untuk kesihatan. Antaranya adalah:

  1. Diastase – mengubah polisakarida menjadi monosakarida.
  2. Invertase – mengubah sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa.
  3. Glukosa oksidase – mengubah glukosa menjadi asid peroksid.
  4. Peroksidase – menjalankan proses oksidasi metabolik.
  5. Lipase – memecahkan lemak kompleks menjadi asid lemak.

4.

Bijan. Bijan adalah salah satu bijian yang tinggi kandungan mineral dan vitamin seperti:

  1. Zink – Membantu menyuburkan sistem pembiakan.
  2. Zat besi – Penting bagi pembentukan hemoglobin.
  3. Kalsium – Penting bagi pertumbuhan tulang dan gigi.

Bijan jika diamalkan secara berterusan insyaAllah dapat meningkatkan tahap kesuburan, mencegah anemia, dapat menguatkan tulang dan gigi serta membantu mengurangkan risiko osteoporosis.

5.

Halia. Halia adalah minuman ahli syurga sebagaimana Allah s.w.t berfirman:

“Di dalam syurga itu mereka diberikan segelas minuman yang campurannya adalah halia.”

Surah Al-Insan; Ayat 17.

Dalam perubatan tradisional islami, halia adalah makanan panas yang bermanfaat untuk mencairkan kahak, membantu penyakit pencernaan dan meningkatkan stamina seksual.

6.

Air. Pengambilan air yang cukup sangat diperlukan bagi proses pencernaan. Ini kerana penyahhidratan dapat melambatkan proses pencernaan. Oleh itu, kita hendaklah memastikan tubuh kita tidak ternyahhidrat semasa makan.

Para pengamal perubatan islami menyimpulkan, apabila kita minum semasa makan, fungsi enzim pencernaan terganggu. Bagi mengelakkan penyahhidratan semasa makan, minumlah air kira-kira 20 minit sebelum makan. Ini menyihatkan pencernaan.

7.

Pisang. Pisang mengandungi lemak sayuran yang baik bagi kesihatan pembuluh darah. Selain itu, pisang juga kaya dengan serat dan mengandungi kalium semulajadi yang baik bagi kesihatan jantung. Secara puratanya, setiap 100g pisang mengandungi 400mg kalium. Ini cukup bagi memenuhi keperluan kalium bagi orang dewasa.


Kalau hendak disenaraikan sebenarnya ada banyak lagi amalan pemakanan yang sihat menurut islam dalam menjalani gaya hidup yang sihat. Di atas ini adalah sebahagiannya sahaja. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih banyak lagi Amalan Sihat Gaya Rasulullah, anda boleh dapatkan buku ‘365 Tips Sihat Gaya Rasulullah’ tulisan Dr. Mohammad Ali Toha.

Apa jua gaya pemakanan yang kita cuba amalkan seperti Intermittent Fasting, Suku suku separuh, Eat Clean atau apa saja, biar lah ianya bersederhana dan tidak keterlaluan atau ekstrem. Kerana Islam sentiasa mengajar kita untuk bersederhana dalam apapun.

Apa yang Nabi Muhammad s.a.w amalkan adalah pemakanan yang halal dan baik (halalan toyyiban) dan berhenti makan sebelum kenyang. Menurut kajian, otak kita sebenarnya lambat dapat signal yang kita dah kenyang. Seandainya kita makan sehingga rasa kenyang, itu bermaksud yang kita dah terlampau kenyang. Sebab itu lah Islam mengajar kita untuk berhenti makan sebelum rasa kenyang. Wallahualam.
gaya hidup sihat

Baca Juga: AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

sumber rujukan: 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah; Dr. Mohammad Ali Toha


BE THE FIRST TO GRAB JUNE 2023 PROMO! CLICK HERE!

❤, 

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 

Potongan harga sehingga 25% serta peluang pendapatan setiap bulan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami. KLIK SINI : JOIN NOW!

COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.

Delivery seluruh Malaysia

Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

You may also like...

1 Response

  1. August 9, 2023

    […] Gaya Hidup Sihat: Amalan Pemakanan Yang Sihat Menurut Islam. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons