Makanan yang perlu di elakkan semasa hamil.

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa hamil kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

1.
Makanan yang perlu di elakkan semasa hamil.kerang perlu rebus dahulu
Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam makanan itu kerana anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.

2.

Makanan yang perlu di elakkan semasa hamil.seafood kurang masak1
Bahan-bahan dalam hidangan stimbot yang tidak masak sepenuhnya. Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.

3.

Makanan yang perlu di elakkan semasa hamil.Camembert Makanan yang perlu di elakkan semasa hamil.Stilton
Keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

4.

Makanan yang perlu di elakkan semasa hamil.Pate
Pate, daging mentah atau kurang masak dan telur. Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya.

5.

Makanan yang perlu di elakkan semasa hamil.tiram
Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
Ikan jerung, todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.

6.

Makanan yang perlu di elakkan semasa hamil.hati
Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan kerana kesemuanya mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

7.

Makanan yang perlu di elakkan semasa hamil.alkohol
Kurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol semasa hamil. Jika mau minum, jangan minum lebih daripada dua unit, sekali atau dua kali seminggu, dan jangan minum hingga mabuk.

8.

Makanan yang perlu di elakkan semasa hamil.kafien
Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, anda boleh ambil kopi atau kola nyahkafein.

sumber: www.babycenter.com.

dapatkan suplemen untuk ibu hamil di sini.

You may also like...

Show Buttons
Hide Buttons