Notis buat pelanggan Shaklee.

Shaklee ambil berat tentang anda! Pihak Shaklee dapat banyak aduan tentang SID yang tidak beretika dalam menjalankan urusan jual beli dengan anda.

Menjual produk Shaklee di platform e-dagang seperti Lazada, Shopee dan lain-lain adalah dilarang sama sekali dalam akta jualan langsung. Shaklee akan batalkan keahlian SID tersebut jika pihak Shaklee mendapat bukti yang cukup atas kesalahan yang SID itu lakukan.

Anda mungkin boleh dapat harga produk dengan tersangat-sangat murah which is selalunya lebih murah dari harga ahli iaitu harga kos kami. Tetapi anda harus ingat, apabila anda membeli produk Shaklee di e-dagang tersebut, anda berisiko untuk:

  1. Dapat produk yang telah rosak atau tamat tempoh.
  2. Tidak dapat konsultasi yang betul dari peniaga tersebut.
  3. Peniaga berkemungkinan tidak akan layan pertanyaan anda.
  4. Sekiranya berlaku anda menerima produk yang rosak, anda tidak boleh dapat wang pemulangan kerana anda telah membeli dari saluran yang tidak sah.
  5. Sekiranya anda melaporkan aduan kepada pihak Shaklee, Shaklee tidak dapat lakukan apa-apa tindakan keatas SID yang tidak bertanggungjawab itu kerana sukar untuk ‘trace’ mereka.

Oleh itu, kami menyeru pada anda semua, dapatkan lah produk Shaklee dari SID yang sah, yang anda kenal dan percaya. Anda berhak untuk tahu dengan siapa anda berurusan.

Shaklee ambil berat tentang anda pelanggan kami dan tidak teragak-agak untuk membatalkan keahlian SID yang tidak bertanggungjawab meskipun SID tersebut mempunyai pangkat dalam Shaklee.

Sebarang aduan tentang Shaklee, anda boleh terus email Shaklee di customerinquiry@shaklee.com.my

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons