Tanda-tanda Kekurangan Protein.

Protein merupakan salah satu nutrisi yang membekalkan kalori yang akan bertukar kepada energy pada tubuh kita.
Apabila kita tak dapat protein harian yang cukup, kita mungkin mengalami tanda-tanda kekurangan protein seperti berikut:
Tanda 1: Bengkak/Edema.
Salah satu tanda anda kekurangan protein adalah edema. Atau bahasa pasarnya kita sebut bengkak. Biasanya edema ni terjadi di bahagian abdomen, kaki atau tangan. Macam mana keadaan ni boleh berlaku? Protein (albumin) yang circulate dalam darah kita bantu kekalkan cecair dalam tubuh daripada membentuk tisu tubuh kita. Apapun, edema ni boleh berpunca dari macam2 sebab, better check dulu dengan doktor untuk pastikan apa sebab terjadinya edema.
Tanda 2: Perubahan Mood.
Otak kita mengandungi satu bahan kimia ni yang namanya neurotransmitter. Tugas neurotransmitter ni adalah menyampaikan maklumat antara sel. Neurotransmitter ni diperbuat dari asid amino. Asid amino ni pulak merupakan ‘blok bangunan’ bagi protein. Bila anda kekurangan protein dalam diet harian anda, berkemungkinan tubuh anda tak dapat cukup neurotransmitter. So, otak anda tak dapat berfungsi dengan baik sebab maklumat tak dapat dihantar dengan baik.
Sebagai contoh, apabila level dopamin dan serotonin rendah disebabkan neurotransmitter tak berfungsi dengan baik, kita mudah tertekan atau jadi terlalu agresif.
Tanda 3: Rambut, Kuku dan Kulit bermasalah.
Rambut, kuku dan kulit terdiri daripada protein seperti elastin, kolagen dan keratin. Apabila kita tak berikan ‘mereka’ makanan yang cukup buat ‘mereka’ iaitu protein, rambut kita mudah rapuh dan tipis, kulit jadi kering dan berkeringat dan ‘selirat2’ kuku anda terlalu kelihatan seperti gambar di bawah. Diet mungkin bukan punca rambut anda mudah gugur, kulit anda kering dan kuku anda tak cantik, tapi ianya perlu juga dipertimbangkan.

Tanda 4: Lemah dan Letih.
Ada research membuktikan bahawa, jika kita kekurangan protein, dalam tempoh seminggu sudah cukup untuk beri kesan pada tubuh iaitu otot tidak dapat berfungsi dengan baik dan melemahkan pergerakkan kita, terutama sekali mereka yang berusia 55 tahun keatas. Sekiranya kita biarkan keadaan itu terus berlaku, kita boleh kehilangan jisim otot sebab tubuh akan boost energy kita menggunakan protein yang ada kat otot. Akibatnya, kadar metabolisma kita jadi rendah dan kita tak dapat nak balance kan tubuh kita. Kalau dibiarkan berlarutan, ianya boleh menyebabkan anemia kerana sel-sel tubuh tak dapat oksigen yang secukupnya. Di sebabkan itu lah kita mudah berasa lemah dan letih.
Tanda 5: Kelaparan.
3 sumber kalori dalam diet harian kita iaitu karbohidrat, lemak dan protein. Study menunjukkan bahawa pengambilan protein yang cukup dalam diet harian dapat membantu kita rasa kenyang dan bertenaga lebih lama daripada karbo dan lemak. Jadinya, jika anda kerap berasa lapar, itu tanda anda tidak mendapat cukup protein dari diet harian anda.
Tanda 6: Luka Lambat Sembuh.
Tanda seterusnya anda tidak mendapat cukup protein adalah, luka lambat sembuh dan ambil masa yang lama untuk sembuh. Anda perlukan protein untuk mempercepatkan proses pembekuan darah. Jika anda mengalami kecederaan dalaman ketika bersenam, selain kolagen, protein juga sangat membantu mempercepatkan proses menyembuhan. Dan sekiranya anda adalah seorang pesakit diabetes, anda perlu pastikan anda mendapat protein yang cukup dalam diet harian anda dan pastikan juga protein yang anda ambil itu bersifat rendah GI.
Tanda 7: Mudah dapat sakit.
Kita akan mudah dapat sakit jika sistem imun kita tak dapat melawan virus dan bakteria yang menyerang tubuh kita. Untuk membantu sistem imun kita menghasilkan antibodi yang dapat melawan virus dan bakteria jahat itu, kita perlukan ‘asid amino’. Asid amino ini lah yang dapat mengaktifkan antibodi kita. Bagaimana kita nak dapatkan asid amino? Kita boleh dapatkannya dari diet harian kita iaitu makanan2 yang kaya dengan protein. Apabila tubuh kita mudah dapat sakit, ia adalah tanda yang kita tidak mendapat cukup protein kerana protein ini sangat membantu dalam menyerap dan mencerna nutrisi lain untuk kekalkan kesihatan kita. Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa, protein dapat mengubah tahap bakteria baik yang berperang dengan bakteria jahat dalam usus kita.
…
Setiap individu mempunyai keperluan protein yang berbeza-beza bergantung kepada ‘aktiviti’ individu tersebut.
Jom check, cukup tak protein yang anda ambil setiap hari berdasarkan rajah ini.

Potongan harga sehingga 25% serta peluang pendapatan setiap bulan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami. KLIK SINI : JOIN NOW!
COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.
Delivery seluruh Malaysia
Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

1 Response
[…] Tanda-tanda Kekurangan Protein […]