Tips Kuruskan Perut Selepas Bersalin Dengan Cepat.
Seram bersalin tak hilang lagi, dah kene tengok perut menggelebeh sebab baby dah keluar yang sungguh menyeramkan. Hehe..
Pastinya inginkan perut yang kembali kurus dan ramping selepas bersalin menjadi idaman semua wanita. Bezanya, kita bersungguh-sungguh nak dapat balik perut yang kurus itu atau pun tidak. Dan sudah tentulah berbeza hasilnya bagi ibu-ibu yang bersungguh-sungguh nak perut kurus semula dengan ibu-ibu yang tak bersungguh-sungguh.
So here, admin nak share beberapa tips buat ibu-ibu lepas bersalin untuk kuruskan perut dengan cepat dan berkesan. Admin percaya, amalan berpantang yang masyarakat melayu amalkan sebenarnya sangat efektif untuk kuruskan semula perut ibu-ibu selepas bersalin.

1. Pakai bengkung
Memakai bengkung selepas bersalin, terutama buat ibu yang bersalin secara normal, merupakan salah satu tradisi turun temurun dalam budaya kita. Kalau ikut cara mak admin, sebelum pakai bengkung tu, perut disapu dengan kapur. Lepas tu baru pakai bengkung. Dan, yang paling ‘seksa’, kene pakai sepanjang hari dan sepanjang tempoh berpantang. (^_^)
Tujuan sapu kapur tu adalah untuk bakar lemak, buang angin dalam badan, kuruskan atau kempiskan perut dengan cepat dan buat badan kita sentiasa rasa ‘warm’. Sangat penting untuk ibu dalam pantang sentiasa rasa warm sebab keadaan ini membantu ibu untuk hasilkan susu ibu lebih banyak, sentiasa rasa selesa dan membantu untuk cepat kurus juga.
Akan tetapi, buat ibu-ibu yang melahirkan secara pembedahan, tidak digalakkan untuk memakai bengkung. Memadai jika sapu perut dengan krim yang boleh buat badan ‘keep warming’. Dan ibu-ibu ini digalakkan memakai bengkung setelah luka pembedahan anda sembuh sepenuhnya.
2. Bertungku
Selain memakai bengkung, bertungku juga merupakan tradisi turun temurun dalam budaya ibu berpantang. Antara khasiat bertungku adalah:
- membantu mengeluarkan peluh dan toksin berlebihan dalam badan.
- badan akan rasa lebih segar dan ‘ringan’.
- membantu kurus dengan cepat serta dapat mengekalkan bentuk badan yang diidamkan.
Bertungku ini juga sebenarnya adalah untuk membantu mengecutkan dan menaikkan semula rahim ibu-ibu dengan cepat, so that perut pun cepat kurus dan kempis. Sebaiknya, amalkan ia sepanjang tempoh berpantang.
3. Diet yang seimbang
Sebagai seorang ibu yang lepas bersalin, pastinya tubuh kita sangat lemah dan kepenatan setelah 9 bulan membawa seorang bayi di dalam perut dan kemudian berjam-jam lamanya bertarung nyawa untuk melahirkan bayi tersebut. Kepenatan yang ibu-ibu harus tanggung selama kurang lebih 9 bulan itu tidaklah dapat diselesaikan dalam tempoh sehari dua saja.
Oleh sebab itu lah, ibu-ibu kene pastikan diet ketika tempoh berpantang itu mestilah seimbang; cukup semua nutrien penting – protein, serat, carbo dan vitamin-vitamin penting yang lain – supaya tenaga ibu-ibu dapat pulih semula dengan cepat.
Dan apabila ibu-ibu mengambil diet yang seimbang setiap hari, insyaAllah pastinya dapat kurus dengan cepat serta perut kembali kurus dan kempis seperti sebelum ini.
4. Minum air masak secukupnya
Kalau ikutkan petua orang dulu-dulu, ibu lepas bersalin ni atau ibu yang sedang berpantang ni tak digalakkan untuk minum air dengan banyak. Setahu admin lah, menurut mak admin, alasannya tak nak ibu kerap ke bilik air sebab susah nak bukak bengkung bagai. Maklumlah, bengkung zaman dulu-dulu kan panjang dan kene lilit banyak-banyak. Admin tak tahu lah kalau ada alasan yang lain. Tapi itu apa yang admin tahu lah.. hehe
Tapi zaman sekarang, bengkung dah di modenkan dan mudah sangat nak dibuka dan dipakai. Selain itu, ibu yang menyusukan bayi juga perlukan air yang secukupnya untuk menghasilkan susu ibu. Kalau ibu-ibu perasan kan, bila kita menyusukan bayi ni, kita cepat haus dan lapar, betul tak? So, penting tau untuk ambil air yang secukupnya.
Apart from that, air yang cukup dalam badan sebenarnya membantu kita untuk kurus dengan cepat juga kerana air ini membantu tubuh kita berfungsi dengan baik. Bila tubuh dapat berfungsi dengan baik dari segi peredaran darah, sistem penghadaman dan sebagainya, lagi mudahlah nutrien yang kita ambil dari diet kita tadi diserap.
5. Menyusukan bayi dengan susu ibu
Haa… ini fakta yang paling ibu-ibu suka. Menyusukan bagi secara exclusive atau istilah lainnya ‘direct feeding’, seriously membantu sangat-sangat ibu-ibu kurus dengan cepat dan perut cepat kurus dan kempis. Ramai yang dah melaluinya tau.
Hal ini kerana, ketika kita menyusukan bayi, walaupun kita dalam keadaan rehat sedang duduk dan berbaring, banyak kalori kita yang terbakar. Best kan! Effortless sungguh untuk kurus. Hehe… Tapi fakta ini menang betul tau.
So, kalau ibu-ibu yang lepas bersalin dan kurus dengan cepat, make sure ibu-ibu berusaha bersungguh-sungguh untuk susukan bayi dengan susu ibu. Pam susu pun sama juga.
6. Minum minuman protein
Basically, protein yang bersumberkan sayuran seperti soya, membantu kita rasa kenyang lebih lama dan yang paling penting untuk kurus ni, ia membantu membina otot kita. So, perut kita lebih cepat ‘fit’ dari menggelebeh selepas bersalin tu.
Tapi, amatlah sukar untuk kita makan makanan yang berasaskan protein dari sumber tumbuhan setiap hari dengan kadar yang badan kita perlukan setiap hari. Kalau boleh pun, bila ‘kemalasan’ menguasai diri atau bila kita terlalu sibuk dengan urusan lain, kita jadi tak sempat nak sediakan.
Cara paling mudah untuk dapatkan protein dari sumber tumbuhan adalah, minum minuman protein. Cadangan admin dah tentulah ESP, Energizing Soy Protein, minuman protein dari Shaklee. Ianya sangat mudah disediakan semudah 1-2-3. Shake-shake saja dah kenyang lagi mengenyangkan. Dan yang paling penting, sukatan pengambilan yang dicadangkan tu insyaAllah dapat memenuhi keperluan protein yang badan perlukan setiap hari.
So, itulah antara tips untuk kurus dengan cepat selepas bersalin serta perut cepat kurus dan kempis. Secara peribadi, admin mengakui kalau kita amalkan rutin berpantang dengan betul dan ikut tradisi orang lama yang masih relevan untuk kita seperti bertungku dan berbengkung, memang admin cepat kurus.
Actually banyak lagi tradisi-tradisi orang lama, kan. Contohnya makan jamu, minum air akar kayu, bertangkas dan apa lagi ye? Admin tak pasti sebab setiap kali admin berpantang, 2 benda yang mak admin sangat-sangat jaga iaitu bertungku dan berbengkung.
Untuk jamu dan minum air akar kayu tu, admin moden kan dengan mengambil Vivix sebagai jamu moden dan Alfalfa Complex sebagai air akar kayu atau kacip fatimah untuk kesihatan dalaman. Kalau ibu-ibu berminat untuk dapatkan Set Berpantang Shaklee, boleh wasap admin ya. Klik icon wasap di bawah ni untuk respon segera.
Potongan harga sehingga 25% serta peluang pendapatan setiap bulan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami. KLIK SINI : JOIN NOW!
COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.
Delivery seluruh Malaysia
Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

1 Response
[…] Tips Kuruskan Perut Selepas Bersalin Dengan Cepat […]