Vitamin Untuk Wanita Pra Menopause

Penurunan pengeluaran estrogen semasa wanita mengalami pra menopause memberi kesan kepada tubuh setiap wanita itu secara unik. Ia mungkin tak sama untuk setiap wanita. Anda mungkin mengalami:

  1. kenaikan berat badan,
  2. perubahan mood,
  3. kesukaran tidur, atau
  4. kehilangan keinginan untuk bersama suami.

Walau bagaimanapun, isu paling biasa yang disebabkan oleh pra menopause mungkin juga mempunyai kesan yang paling besar pada kehidupan harian anda — hot flashes.

  • Hot flashes adalah sensasi kepanasan hebat yang datang dari dalam tubuh, bukan disebabkan oleh perubahan temperatur atau cuaca lingkungan sekitar.

Sebagai tindak balas kepada perubahan suhu badan anda, kawasan kecil otak yang dipanggil hipotalamus yang bertindak seperti termostat dalaman, akan menghantar isyarat ke seluruh badan anda untuk memanaskan atau menyejukkan anda.

Kebiasaannya, apabila ia merasakan suhu badan anda terlalu tinggi, ia akan melebarkan saluran darah dekat dengan permukaan kulit anda untuk membebaskan haba, menyebabkan anda kemerah-merahan dan berpeluh.

Akan tetapi, perubahan hormon yang berlaku semasa pra menopause akan menyebabkan hipotalamus menjadi hipersensitif kepada turun naik kecil dalam suhu badan. Ini mengakibatkan letupan haba yang secara tiba-tiba dan tidak dapat diramalkan bila ia akan menyerang; pada saat yang sukar pada waktu siang dan pada waktu malam sehingga mengganggu tidur anda.

Walau apapun, setiap wanita mesti melalui proses pra menopause ini. Ianya proses semula jadi yang anda perlu hadapi apabila usia anda mula memasuki 40an. Gabungan beberapa perubahan gaya hidup kecil dan vitamin untuk wanita pra menopause yang lengkap boleh membantu menyokong pengeluaran estrogen badan anda sendiri dan meminimumkan ketidakselesaan ketika proses pra menopause.

Cadangan Vitamin Untuk Wanita Pra Menopause.

1. Vita-Lize

Masalah ingatan, tumpuan, dan “brain fog” boleh berlaku semasa pra menopause. Mengambil cukup multivitamin terutama vitamin B-6 dan B-12 ini boleh membantu mengurangkan risiko mengalami demensia dari masa ke semasa, terutama ketika anda sedang mengalami pra menopause atau tidak. Vitalea Iron Formula membekalkan kesemua vitamin dan iron yang tubuh kita perlukan setiap hari.

  • Brain Fog – Kabus otak dicirikan oleh kekeliruan, kealpaan, dan kekurangan tumpuan dan kejelasan mental. Ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak bekerja, kurang tidur, tekanan, dan menghabiskan terlalu banyak masa di komputer.
multivitamin untuk orang dewasa

2. Ostenutrix

Mengurangkan risiko osteoporosis sewaktu pra menopause.
Sewaktu pra menopause, anda ber risiko untuk mendapat osteoporosis sekiranya anda mengabaikan pengambilan kalsium dalam diet harian anda. Dengan mengikuti cadangan diet; 1,300 mg pengambilan kalsium setiap hari, ianya dapat membantu dalam mengurangkan risiko anda mendapat osteoporosis. Ini bersamaan dengan kira-kira tiga hingga empat hidangan makanan tenusu. Atau, dengan 3 biji Ostenutrix setiap hari, anda sudah mendapat kalsium secukupnya dalam 1 hari.

pengedar shaklee chemor COD shaklee chemor
ostematrix shaklee

3. GLA Complex

Untuk wanita yang mengalami pra Menopause ini, Asid Gamma Linolenik (GLA) yang membekalkan lemak omega-6, dapat membantu mengurangkan rasa panas, gangguan tidur, mudah marah-marah dan kekeringan faraj yang menyebabkan anda kurang berminat untuk bersama suami. Suplemen GLA ini dapat menstabilkan simptom-simptom yang berkaitan dengan hormon dan dapat menenangkan keradangan. Sekaligus, anda mungkin berasa nyaman dalam menghadapi saat-saat pra menopause anda.


4. Omega Guard.

Perasaan mudah marah dan mudah bersedih adalah gejala emosi biasa ketika anda menghadapi pra menopause. Dengan pengambilan tetapi omega-3 setiap hari, insyaAllah ianya boleh membantu mengurangkan gejala ini dengan berkesan. Omega-3 berfungsi untuk meningkatkan mood dan memulihkan integriti struktur kepada sel-sel otak yang penting dalam melaksanakan fungsi kognitif. Ibu-ibu pastinya perlukan Omega 3 ini dalam menghadapi saat-saat sukar anda!


Kebiasaannya, wanita tidak akan terus mendapat menopause tetapi akan mengalami simptom-simptom pra menopause secara perlahan-lahan. Setiap wanita akan mengalami simptom yang berbeza-beza. Sama ada tubuh anda mampu untuk ‘bertahan’ dengan simptom-simptom berikut, ianya terpulang kepada setiap individu itu.

Akan tetapi, dengan pengambilan vitamin-vitamin yang dinyatakan di atas ini, insyaAllah dapat membantu setiap wanita itu menghadapi simptom-simptom pra menopause dengan tenang dan nyaman.

Apapun, jika anda merasakan simptom-simptom itu terlalu teruk sehingga mengganggu rutin harian anda, segera lah dapatkan rawatan doktor. Dapatkan nasihat doktor!


Baca juga:

GLA Complex – Suplemen Terbaik Untuk Wanita 40an

Vitamins Untuk Wanita

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 

Potongan harga sehingga 25% serta peluang pendapatan setiap bulan dan kerjaya dengan sertai keluarga Shaklee kami. KLIK SINI : JOIN NOW!

COD/Pickup : Chemor, Klebang, Meru, Tasek, Ipoh.

Delivery seluruh Malaysia

Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons